December 02, 2013

#SubhanallahDajjal

#copypaste


Asal-usul Dajjal


Asal-usul Dajjal

Hantar kepada kawan

Hasil pencarian aku mengenai artikel-artikel yang berkaitan dengan Dajjal telah menemukan aku dengan sebuah blog milik Ahmad Nizam. Beliau adalah salah seorang daripada pengkaji konspirasi-dajjal selain daripada saudara Efairy, Ibnuyaacob dan lain-lain lagi. Kaedah penerangan berdasarkan al-Quran, hadith, kitab-kitab tua, buku dan pelbagai sumber merupakan kekuatan penulis/pengkaji konspirasi dajjal di atas.



Pada entri kali ini, aku memetik satu artikel daripada Ahmad Nizam yang bertajuk "Pendapat-pendapat berkenaan asal usul dan fitnah Dajjal". Anda blog terus ke blog beliau di http://hikmatun.wordpress.com/ untuk melihat sendiri hasil kajian beliau.



Pendapat-pendapat berkenaan asal usul dan fitnah Dajjal



Di sini ada beberapa pendapat berkenaan asal usul Dajjal dan hanya Allah Yang Maha Mengetahui segala sesuatu. Kita hanya mampu berikhtiar untuk mempelajari dan mendalami segala ilmu yang baik di dunia ini. Ada orang mengatakan tidak ada gunanya kita cuba untuk mengetahui perihal Dajjal ini, tetapi mereka tidak sedar betapa nabi telah bersabda yang mafhumnya , “Sejak terciptanya manusia hingga datangnya Hari Kiamat, tak ada fitnah lebih besar daripada fitnahnya Dajjal” (Misykat, hal. 472). HR Muslim . Bermakna ianya adalah suatu perkara TERBESAR yang sepatutnya diambil berat dan diperhatikan oleh semua pihak, terutama umat Islam. Semoga kita sentiasa berhati-hati dengan fitnah Dajjal kerana ianya mungkin sudah lama bermula dan semakin parah.



Asal-Usul Keluarganya



Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apa jua makhluk lain selain ia sebagai manusia yg ditangguhkan ajalnya “Minal Munzharin” seperti halnya Nabi Isa as yg di angkat oleh Allah swt ke atas langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula ke atas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan di Madinah AlMunawwarah. Sama juga halnya dgn Nabi Khidhir, para malaikat dan Iblis yg di tangguhkan kematian sehingga kiamat nanti.



Ayahnya seorang yg tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti Paruh burung (kebiasaannya orang Yahudi memang berhidung sebegini). Sedangkan Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya. Menurut Imam Al Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialah seorang Dukun Yahudi yg di kenali dgn “syaqq” manakala ibunya adalah dari bangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman a.s dan mempunyai hubungan dengan makhluk halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Walau bagaimanapun kelahiran dan kehidupan masa kecil tidak diketahui dgn jelas.



Sifat Badannya



Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Dajjal ialah orang yang buta sebelah matanya iaitu sebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga dan Neraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka (Hadis Sahih Muslim)



Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yg disebutkan dalam Hadis Rasulullah S.a.w, diantaranya: Seorang yg kelihatannya masih muda, berbadan besar dan agak kemerah-merahan, rambutnya kerinting dan tebal. Kelihatan dari belakang seolah-olah dahan kayu yg rimbun.



Dan tandanya yg paling ketara sekali ada dua;



Pertama: Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yg kecut, manakala mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-kelip laksana bintang. Jadi kedua-dua matanya adalah cacat.



Kedua: Tertulis didahinya tulisan “Kafir (Kaf-Fa-Ra)”. Tulisan ini dapat dibaca oleh setiap org Islam, sama ada ia pandai membaca atau tidak. Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma dalam diri Dajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu, kedua-dua tanda yang terakhir ini belum ada pada dirinya.



Tempat Tinggalnya Sekarang



Menurut riwayat yg sahih yg disebutkan dalam kitab “Shahih Muslim”, bahawa Dajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau dan ditunggu oleh seekor binatang yg bernama “Al-Jassasah”. Terdapat hadis panjang mengenainya. Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita bahawa Dajjal itu telah ada dan ia menunggu masa yg diizinkan oleh Allah swt utk keluar menjelajah permukaan bumi ini dan tempat “transitnya” itu ialah di sebelah Timur bukan di Barat.



Ada pendapat mengatakan sekarang Dajjal tinggal di kerajaan iblis dan jin di Segitiga Bermuda dan selalu keluar dengan menaiki kenderaan piring terbang yang dikenali umum sebagai UFO dan sentiasa berurusan dengan pemimpin-pemimpin besar dunia. Akhir-akhir ini, pernah juga kelihatan piring-piring terbang UFO ini muncul di bandar Vatican (pusat Katolik dunia), Rome, Italy.



Berapa lama ia akan hidup setelah kemunculannya



Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini, selama empat puluh hari sahaja. Namun begitu, hari pertamanya adalah sama dgn setahun dan hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga sama dengan satu minggu dan hari-hari baki lagi sama seperti hari-hari biasa. Jadi keseluruhan masa Dajjal membuat fitnah dan kerosakan itu ialah 14 bulan dan 14 hari. Dalam Hadis riwayat Muslim ada disebutkan:



Kami bertanya: “Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di muka bumi ini? Nabi saw, menjawab: Ia akan tinggal selama empat puluh hari. Hari yg pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan hari ketiga seperti seminggu. Kemudian hari yg masih tinggal lagi (iaitu 37 hari) adalah sama seperti hari kamu yg biasa.



Lalu kami bertanya lagi: Wahai Rasulullah saw! Di hari yg panjang seperti setahun itu, apakah cukup bagi kami hanya sembahyang sehari sahaja (iaitu 5 waktu sahaja). Nabi saw menjawab: Tidak cukup. Kamu mesti mengira hari itu dgn menentukan kadar yg bersesuaian bagi setiap sembahyang..”



Maksud sabda Rasulullah S.a. w, ini ialah supaya kita mengira jam yg berlalu pada hari itu. Bukan mengikut perjalanan matahari seperti biasanya kita lakukan. Misalnya sudah berlalu tujuh jam selepas sembahyang Subuh pada hari itu maka masuklah waktu sembahyang Zohor, maka hendaklah kita sembahyang Zohor, dan apabila ia telah berlalu selepas sembahyang Zohor itu tiga jam setengah misalnya, maka masuklah waktu Asar, maka wajib kita sembahyang Asar. Begitulah seterusnya waktu Sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh seterusnya hingga habis hari yg panjang itu sama panjangnya dgn masa satu tahun dan bilangan sembahyang pun pada sehari itu sebanyak bilangan sembahyang setahun yg kita lakukan. Begitu juga pada hari Kedua dan ketiga.



Fitnah Dajjal



Dajjal telah diberi peluang oleh Allah swt utk menguji umat ini. Oleh kerana itu, Allah memberikan kepadanya beberapa kemampuan yg luar biasa. Di antara kemampuan Dajjal ialah:



1. Segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya. Benda-benda beku akan mematuhinya – Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah dgn kemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut. Pada tahun pertama hujan akan kurang sepertiga dari biasa dan pada tahun kedua akan kurang 2/3 dari biasa dan tahun ketiga hujan tidak akan turun langsung. Umat akan dilanda kebuluran dan kekeringan. Di saat itu Dajjal akan muncul membawa ujian. Maka daerah mana yg percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan berkata pada awan: Hujanlah kamu di daerah ini! Lalu hujan pun turunlah dan bumi menjadi subur. Begitu juga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur dan stabil pada org yg bersekutu dgn Dajjal. Manakala penduduk yg tidak mahu bersukutu dgn Dajjal, mereka akan tetap berada dlm kebuluran dan kesusahan.



Dan ada diriwayatkan penyokong Dajjal akan memiliki segunung roti (makanan) sedangkan org yg tidak percaya dengannya berada dalam kelaparan dan kebuluran. Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah s.a.w. bertanya:”Jadi apa yg dimakan oleh org Islam yg beriman pada hari itu wahai Rasulullah?” Nabi menjawab: “Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil, bertakbir, bertasbih dan bertaubat. Jadi zikir-zikir itu yang akan menggantikan makanan.” HR Ibnu Majjah



2. Ada bersamanya seumpamanya Syurga dan Neraka – Di antara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama dengannya seumpama syurga dan neraka dan juga sungai air dan sungai api. Dajjal akan menggunakan kedua-duanya ini untuk menguji iman org Islam kerana hakikat yg benar adalah sebalik dari apa yg kelihatan. Apa yg dikatakan Syurga itu sebenarnya Neraka dan apa yg dikatakannya Neraka itu adalah Syurga.



Secara analoginya kita lihat sekarang, syurga dunia seperti maksiat dan hiburan tanpa batasan adalah ibarat syurga. Dan mereka yang terpengaruh dengannya akan berseronok dan puas dengan hiburan-hiburan tersebut seperti hidup di dalam syurga. Juga keluarnya bermacam alat – alat canggih seperti komputer, handphone, mp3 player, video player dan camam2 lagi. Menunjukkan semua ini ibarat syurga dunia, yang sebenarnya adalah jalan ke neraka jika kita terlampau leka dan terpesona dengannya.



Dan kehidupan yang tidak bermewah, tidak berhibur dan berseronok adalah ibarat berada dalam neraka dunia sekarang. Sehinggakan mereka yang sudah biasa berseronok akan merasa boring dan tidak puas hati jika tidak dapat berhibur, berseronok dan menikmati kemewahan duniawi. Sedangkan kehidupan yang seperti neraka dunia itu lah yang boleh membuka jalan ke syurga iaitu kehidupan yang serba sederhana, qana’ah dan zuhud dengan dunia.



3. Kepantasan perjalanan dan Negeri-Negeri yang tidak dapat dimasukinya – Kepantasan yg dimaksudkan ini tidak ada pada kenderaan orang dahulu. Kalau hari ini maka bolehlah kita mengatakan kepantasan itu seperti kepantasan jet-jet tempur yg digunakan oleh tentera udara atau lebih pantas lagi daripada kenderaan tersebut sehinggakan beribu-ribu kilometer dapat ditempuh dalam satu jam”… Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana kepantasan perjalanannya di atas muka bumi ini? Nabi menjawab: “Kepantasan perjalanannya adalah seperti kepantasan “Al Ghaist” (hujan atau awan) yang dipukul oleh angin yang kencang.” HR Muslim



Dan ada lagi kenderaan yang lebih pantas dari jet, yang dapat bergerak sepantas cahaya iaitu piring terbang. Mengikut gambar-gambar yang dapat dirakam oleh NASA dan bukti-bukti dari banyak pihak, memang mereka dapat bergerak selaju cahaya dan menghilang dengan sekelip mata.



Namun demikian, Dajjal tetap tidak dapat memasuki dua Bandar suci umat Islam iaitu Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah.



4. Bantuan Syaitan-Syaitan untuk memperkukuhkan kedudukannya – Syaitan juga akan bertungkus-lumus membantu Dajjal. Bagi syaitan, inilah masa yg terbaik utk menyesatkan lebih ramai lagi anak cucu Adam a.s.



Syaitan-syaitan dari jin dan juga manusia akan berusaha membantunya, kerana mereka ingin mewujudkan satu pemerintahan di muka bumi ini. Iaitu pemerintahan sebuah kerajaan yang akan diperintah oleh Lucifer (IBLIS). Dan gerakan yang mewakili syaitan-syaitan dari kalangan manusia ini dikenali sebagai gerakan Illuminati yang pecahan-pecahannya terdiri dari banyak kumpulan seperti Skull and Bones, Freemasons, Bohemian Grove, The Bilderberg Group, The Trilateral Commission, The Council on Foreign Relations dan beberapa lagi pertubuhan-pertubuhan rahsia.



Dajjal Akan Muncul dari Khurasan, Iran



Di akhir zaman Dajjal akan muncul dari Khurasan di Iran (tempat asal Dajjal). Ketika baru keluar/terlepas dari belenggunya tinggi Dajjal hanyalah sepuluh dzira’. Pada mulanya tingkah laku Dajjal layaknya tingkah laku orang-orang saleh, iaitu menyeru kepada kebajikan, hingga kerana itu banyak orang yang terkagum-kagum kepada akhlaknya.



Tapi lama kelamaan Dajjal pun mengaku sebagai Nabi. Maka mendengar pengakuan itu orang-orang yang beriman kepada Allah pun berpaling darinya, sebab kaum yg beriman mengetahui benar bahawa sesudah Nabi Muhammad saw tak akan pernah lagi Allah mengutus seorang nabi baru.



Akhirnya, ketika perjalanan Dajjal sampai ke Khillah, iaitu sebuah jalan yg terletak antara Iraq dan Syam, dia pun menggembar-gemburkan kiri kanan menyatakan bahawa dirinya adalah tuhan yang dapat menghidupkan dan mematikan, ditambah lagi dengan menunjukkan kemampuannya mengadakan kejadian-kejadian yang menyalahi keadaan normal. Sejak itu orang-orang mu’min semakin menjauh darinya dan menolak mengakui Dajjal sebagai tuhan.



“wa man qaala fid dun-ya yaraahu bi ‘ainihi fa dzaalika zindiiqun thaghaa wa tamarrada”. Siapapun yg mengaku di dunia ini telah melihat Tuhan dgn matanya, maka dia telah menjadi zindiq, keluar batas, dan jatuh ke dalam kesesatan.



(Mundzir Nadzir: Fafirruu ila Allah: hal.29 s/d hal 30). Maktabah Muhammad bin Ahmad bin Nabhaan wa Aulaaduhu. Surabaya, Indonesia. 1956 M / 1375 H.



Tempat bermulanya fitnah Dajjal



Agaknya menarik perhatian sekali bahawa menurut Hadits Tamim Dari, Dajjal tinggal di sebuah pulau yang letaknya di sebelah Barat Syria, sedang tempat munculnya dikatakan oleh Hadits lain, berada di Timur. Lengkapnya, Hadits itu maksudnya:



“Tidak! Ia (Dajjal) akan muncul disebelah Timur; tidak, ia akan muncul di sebelah Timur; tidak, ia akan muncul di sabelah Timur” (Kanzul-’Ummal jilid VII, halaman 2988).



Dan ada satu hadith lain yang bermaksud;



“Nabi Muhammad SAW menunjuk hampir dua puluh kali ke arah Timur” (Kanzul-’Ummal, jilid VIl, halaman 2991 ).



Dalam sebuah Hadits yang diriwayatkan oleh Imam Muslim mengatakan: “Tidak ! Ia akan muncul di Timur” diikuti dengan kalimat: “Beliau menunjuk dengan tangannya ke arah Timur”. Jadi jika di suatu Hadits dikatakan bahawa tempat tinggal Dajjal ialah sebuah pulau di Barat, tetapi di lain Hadits diterangkan bahawa tempat munculnya Dajjal, atau lebih tepat lagi, tempat munculnya fitnah Dajjal ialah di Timur.



Ini menunjukkan bahawa Dajjal akan membahayakan bangsa-bangsa di Timur. Adapun kenyataan yang tak dapat dibantah lagi, bahawa fitnahnya Dajjal tak akan menimpa bangsanya sendiri, bahkan mereka akan memperolehi keuntungan dari hasil porak-peranda di Timur. Jadi yang dimaksud munculnya Dajjal di Timur ialah merajalelanya fitnah Dajjal di negara-negara Timur dengan jalan memperbudakkan penduduknya, baik secara jasmani mahupun rohani, lahiriyah mahupun batiniyah.



Menurut apa yang diterangkan dalam Hadits, terang sekali bahawa pada zaman Nabi, Dajjal itu sudah ada, akan tetapi pada waktu itu tangan dan kakinya dirantai. Inilah gambaran yang sebenarnya bagi bangsa-bangsa Eropah pada waktu itu. Mereka mengurung diri dalam tanah air mereka sendiri, lalu pada suatu ketika, mereka mengalir ke seluruh dunia untuk menakluki dan menjajah negara-negara lain, sehingga mereka benar-benar menguasai, atau setidak-tidaknya memaksakan pengaruhnya terhadap negara-negara itu, sehingga gerak-geri negara-negara itu dipimpin dan diawasi oleh bangsa-bangsa Eropa.



Itulah sebabnya mengapa di dalam Hadits diterangkan bahawa Dajjal mengaku Tuhan, kerana segala sesuatu di dunia dikerjakan menurut perintah Dajjal, seakan-akan dialah yang menguasai dan menentukan nasib bangsa-bangsa lain. Inilah apa pula yang dimaksud oleh Hadits lain yang menerangkan bahawa Dajjal ialah yang menentukan hidup-matinya orang-orang. Dengan perkataan lain, Dajjal akan meninggikan dan merendahkan darjat bangsa-bangsa lain menurut apa yang dianggap sesuai dengan tujuannya.



Dalam Sahih Muslim ada sebuah Hadits yang bermaksud: “Sejak terciptanya manusia hingga datangnya Hari Kiamat, tak ada fitnah lebih besar daripada fitnahnya Dajjal” (Misykat, hal. 472).



Kata-kata seperti itu, terdapat pula dalam kitab Hadits yang lain. Misalnya, dalam sebuah Hadits, Nabi SAW diriwayatkan bersabda sbb : “Wahai manusia ! Semenjak Allah menciptakan bani Adam, tak ada fitnah di muka bumi yang lebih besar dari pada fitnahnya Dajjal” (Kanzul-’Ummal, jilid VII, halaman 2028).



Hadits-hadits tersebut membuktikan bahawa fitnahnya Dajjal itu tiada lain ialah merejalelanya Imperialis Eropah (Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya) sekarang ini dan menangnya agama Nasrani. Kenyataan menunjukkan bahawa sejarah ummat manusia tak dapat mempertunjukkan fitnah lain yang besarnya seperti itu.



Memang dalam sejarah pernah terjadi suatu bangsa menundukkan bangsa lain dan menguasai aspek kehidupan mereka, tetapi contoh tentang penjajahan yang menyeluruh seperti yang kita saksikan sekarang ini berupa merajalelanya imperialis dan kebudayaan Eropah di seluruh dunia, belum pernah terjadi. Daratan dan lautan semuanya dikuasai oleh imperialis Eropah.



Demikian pula kita tak dapat menemukan persamaannya tentang cara-cara kaum imperialis Barat memperhambakan bangsa-bangsa lain di dunia. Yang lebih istimewa lagi ialah bahawa mereka memiliki segala macam senjata yang dengan senjata itu, orang ramai dapat tersesat dari jalan benar dan jalan kesucian. Di sebelah sini, mereka menyesatkan orang ramai melalui sistem pendidikan, dan di sebelah sana, mereka mencapai tujuan mereka melalui penyiaran agama; kadang-kadang untuk mencapai tujuan mereka, mereka melumpuhkan jiwa manusia dengan memberikan kepada mereka kemewahan dan kesenangan jasmani; dan kadang-kadang diberikan kepada mereka hiburan-hiburan yang dapat melupakan rohani mereka sama sekali.



Sering pula ilmu pengetahuan mereka digunakan untuk menghancurkan rohani ummat manusia. Pendek kata, di seluruh sejarah manusia, fitnahnya Dajjal tak ada taranya, dan sabda Nabi SAW bahawa tak ada fitnah yang lebih besar daripada fitnahnya Dajjal, ini terpenuhi berupa merajalelanya kaum imperialis Eropah, yang bukan saja membahayakan aspek kehidupan jasmani, melainkan pula membahayakan aspek kehidupan moral dan rohani.



Berikut adalah khutbah Rasulullah S.a.w berkenaan Dajjal



Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: “Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: “Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.



“Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Iraq. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.



“Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.



Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan


Ada juga pendapat mengatakan Bhagawan Sri Sathya Sai Baba dari wilayah Timur Khurasan, iaitu di India selatan, desa Nilayam Puttapharti ialah Dajjal. Sri Sathya Sai Baba itu mengaku adalah jelmaan semula dari Sai Baba of Shirdi yang terkenal pada awal abad ke 20 dulu yang mempunyai banyak kuasa sakti yang juga merupakan orang yang bertanggung-jawab menyatupadukan Muslim-Hindu.

Sai Baba of Shirdi dulu pernah mengatakan bahawa dia akan hidup semula selepas kematiannya selama 8 tahun. Dan tepat sekali waktu di mana Sai Baba dari Puttapharti ini dilahirkan dan sekarang ini menyebarkan ajarannya di sana. Sememangnya jin pun akan dapat meresap ke dalam tubuh manusia dan itu tidak mustahil berlaku kepada Sai Baba- Sai Baba tadi.

Pada tahun 1963, Sai Baba dari Puttapharti tadi telah membuat pengakuan bahawa dia adalah jelmaan Shiva dan Shakti, manakala Sai Baba Shirdi dulu adalah jelmaan dewa Shiva, dan akan datang akan muncul pula Prema Sai Baba iaitu jelmaan dari Shiva pula. Perkataan jelmaan ini adalah berhubung kait juga dengan perkataan menurun atau dirasuk oleh jin.

Tetapi apa yang saya lihat, Sai Baba ini hanyalah manusia seperti Ayah Pin, yang cuba menjadikan semua agama adalah satu. Bermakna suatu campur aduk yang tiada relevan dan logik akalnya. Fahaman-fahaman yang berbeza sama sekali dirojakkan dan umpama mewujudkan suatu agama baru iaitu Agama Cinta. Pemahaman sebegini mungkin berasal dari terlalu banyak bermeditasi dan berfikiran yang bukan-bukan sehingga mewujudkan suatu pola pemikiran yang berdasarkan kepada khayalan semata-mata. Antara ajarannya iaitu dia adalah Tuhan dan semua orang adalah Tuhan. Kita semua adalah Tuhan yang mana semua adalah satu di dalam banyak tubuh. Dan macam-macam ajaran pelik lagi yang di luar dari logika akal manusia.

Mungkin Sai baba ini adalah salah seorang dari Dajjal kecil yang lahir kerana banyak juga menepati ciri-ciri dari hadith. Dan ajaran-ajarannya bercanggah sekali dengan aqidah Islam sehinggakan boleh menyebabkan manusia lupa bahawa manusia ini hanyalah hamba ALLAH.

Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw. bersabda; “Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt. Berfirman kepada mereka, “Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)”.

Tetapi Dajjal yang sebenar-benarnya yang dimaksudkan oleh Rasulullah S.a.w berdasarkan wahyu hanya Allah Yang Mengetahuinya. Yang penting kita mesti tahu bagaimana untuk menghadapi Dajjal dan mengamalkan apa yang nabi ajar seperti menghafal 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir surah al Kahfi dan membaca doa perlindungan fitnah Dajjal selepas tahiyyat akhir dalam solat sebelum salam untuk mengelakkan dari fitnah Dajjal. Wallahua’lam

November 30, 2013

Incan Girl Who Had Been Frozen For 500 Years.

Selamat pagi. sarapan pagi aku untuk korang is, cerita yang agak bizarre but normal la cerita macam ni. i believe it was a true story.

first of all la, satu group argentina-peru  yang buat ekspedisi kat Llulaillaco. team ni jumpa budak perempuan ni dalam keadaan yang tak reput. mcm mumia la... dipercayai budak perempuan ni umur dia 15 tahun je masa dia mati. tapi sebenarnya, usia mayat a.k.a mumia budak perempuan tu dah nak dekat 500 tahun dah.
budak perempuan tu digelar as La Dancella a.k.a The Maiden. budak perempuan ni kaum or puak Inca. menurut orang Inka, budak perempuan ni terpilih untuk tinggal dengan Tuhan. (Ala-ala cerita the conjuring tu) , bunyi macam dia rela je kan buat benda ni. actually, ada bukti yang menunjukkan yang dia sebenarnya kena paksa jadi korban. plus, dia kena seksa apa semua. sebelum dia dihantar untuk " tinggal " dengan tuhan, dia tak boleh makan macam orang biasa selalu makan. kalau tak silap,
dia hanya boleh makan protein haiwan dengan gandum je..
orang cakap cara dia mati tu ngeri. serupa macam dia kena bunuh dengan gaya yang paling rare sekali la. kalau tengok cerita orang dulu dulu, kan ada kisah budak kena jadi korban katanya untuk agama dorang. cara dorang jalankan proses tu, yang mcm "errrrrrrrrrr"..
menurut saintis, orang Inka ni akan gemukkan anak-anak dorang untuk dijadikan korban dalam upacara ritual ni.


ni lah gambar The Maiden tuu..

berdasarkan keadaan badan budak perempuan ni,
dia kena heret masuk kt gunung Llullaillaco ni..lepas tu dia dibiarkan mati macam tu je.
disebabkan keadaan kat atas gunung yang tak boleh dibayangkan, dia mati dengan cepatnya.
orang kata,
paderi yang pilih dia jadi korban untuk upacara ni, heret dia sampai kat gunung tu, tempat itu sangat jauh nye pun adoi. gunung kot...
agak-agak la ..
masa tu dia tak bawa apa-apa bekalan un.
yang si paderi ni just bagi daun ape entah kat budak ni untuk santapan dorang as lunch, dinner, breakfast so budak ni tak mati sebelum sampai ke destinasi.
kiranya, upacara ni memerlukan korban yang bernyawa lagi.
bila dah sampai ke destinasi,
budak perempuan ni dipaksa minum air yang buat dorang jadi mabuk supaya dorang jadi lebih bertenaga..
kan orang mabuk ni mcm kuat sikit dia punya tenaga..
lepas dah bagi budak ni minum air tu,
si paderi ni akan mulalah operasi ritual sebenar dia yang katanya untuk serahkan budak tu pada tuhan.
kalau tak silap la, paderi ni akan tiup kepala budak perempuan ni, (tak tau la kuat mana) tapi yang pasti lepas tiup tu, budak perempuan tu akan terus tak sedarkan diri. lepas tu, budak tu akan dibiarkan macam tu je.. and budak tu akhirnya tamatlah riwayatnya.
menurut kefahaman orang inka, dorang pilih budak budak untuk jadi korban, sebab bagi dorang, budak budak ni suci, tak ada dosa apa lagi.
untuk upacara ritual ni, budak budak ni akan dipakai kan denga selipa capal and pakaian yang ala-ala sami pakai.
bukan budak perempuan ni je yang jadi korban, ramai lagi budak-budak inka jadi korban, banyak penemuan tulang dorang kat kawasan pergunungan tu. mesti naik bulu roma kalau korang pergi kat tempat tu lepas tu jumpa mayat dorang yang tak reput ni, yang ala-ala mumia ni.
kalau tak silap la, dulu dorang pernah jumpa budak yang umur dia kira-kira 7 tahun yang dijadikan korban.
Berzerk kan?

Heracleion: A City Discovered Under Water After 1500 Years.

Heracleion.
wow. bunyi apa je kan kan kan?
pada siapa yang minat sejarah, tau tak negara Alexandria?
ala yang kt egypt.. mesir mesir mesir..
haha.
dulu negara heracleion ni wujud 5th before century..
maksudnya wujud sebelum kurun ke lima la..
ni kira, negara yang hilang la.
so, pakar historian ni mencari balik negara ni after dorang buat research sbb Herodotus ( historian dulu kala, kalau ingat sejarah, nama dia famous betul slalu muncul dalam text book ,tapi tak la selalu)
ha, Herodotus ada mention pasal negara ni..
so, pakar pengkaji sejarah yang sekarang nak cari balik negara ni sebab dorang tahu, ada artifak yang banyak masih belum dijumpai, so, basically, memang bertahun tahun lamaaaaaaaaaaaaaaa nya la nak carik.
sebabnya heracleion ni dalam ayak tau dak..
bukan apa, kalau baca kisah dulu dulu., ada negara yang kena tenggelam dalam air la apa la,
gini la jadinya.
basically, siapa yang minat sejarah, and capable to do something about it like, carik balik sejarah dia,
mestilah nak carik balik.
Herodotus ada cakap dalam buku dia,
Heracleion ni it's about Helen of Troy. haaa, tau tak siapa tu?
orang kata Helen of Troy ni perempuan yang sangggaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaat cantik.
plus, Heracleion ni negara yang kaya raya, so comes to think of it, memang banyak la harta dorang,
lepas tu ada banyak kapal. kira mewah la semua nya. Luxury la bak kata omputih.

pengkaji sejarah ni dari 2001 kaji pasal mende ni.
tapi malangnya, dorang tak jumpa bukti yang Heracleion ni wujud.
lepas tu ada satu group marine archaeology (orang perancis punya ) yang kaki cari relics ( mcm relics hunter pulok), menyelam masuk dalam air/ dorang ni sebenarnya tak ada kene mengene pun dengan pencarian negara heracleion ni.. dorang ni sebenarnya nak carik serpihan or materials pasal kapal perang napoleon.
 ada salah sorang dari team tu , nama dia,
Frank Goddio, terlanggar satu artifak ni or dipanggil relics. lepas tu dia terkejut la, ,lepas tu slow slow dia tengok ada tak artifak lain. and yes, ada. tapi sedihnya bukan kapal perang tu, tapi artifak and barang-barang penemuan about heracleion tu. byk dorang jumpa.
semuanya mcm dah tertanam la jugak dalam tanah.
ada patung besar, ada barang zaman tu laa.




ni geng geng si frank goddio tuu..
nampak tak patung besar tu. mcm kt mesir tu..
amek kau, carik kapal jumpa patung..
haha


huaaaaaaaaaaaaa... ni baru jumpa patung ni.. ni pun dah rasa excited giler. ni kalau aku join team yang buat research pasal titanic, sure aku lagi terujaaaaaaaaa.

patung patung yang dorang jumpa ni bukan seberangan.. ni semua tinggi nya 16 kaki..
zaman firaun.. memang la semua besar kan patung- patung dorang. selain daripada patung 16 kaki yang mcm ala-ala bentuk firaun ni, dorang ada jumpa patung kecik yang orang dulu sembah as tuhan dorang, patung ni zaman cleopatra dulu ( kenal idok cleopatra, pemerintah mesir wanita yang famous tuuuuuuuuu)
banyak patung dorang jumpa, mostly, patung patung yang dorang sembah as tuhan dorang la. (dorang tu, orang zaman firaun dulu)


awesome giler koT!


besar giler patung dia kan.. ni kalau aku nak angkat ni, memang takkan terangkat la.


ni bukan patung tau. ni artifak zaman mesir purba.

nampak tak ianya tertimbus ( dah terang kot, lagi aku nak tanya)


aku tertanya, apa mende ni .. nmpk mcm teko buat air teh susu..
ni patung pharaoh..


ni researches tu tengah angkat ikrar . haha. tade la. gurau je..

This Lake Doesn’t Just Kill, It Makes The Corpse Turn Stone

OK.
nak cerita. this what I earned by blogging in the middle of an early in the morning ( what's with the words, girl)
hahaha
ada satu tasik ni, kat Northen Tanzania yang katanya, mana-mana haiwan yang lalu kat situ akan tukar jadi batu .
macam... sounded berzerk je kan ?
hey hey hey .. baca dulu kay..
tempat ni dulu pernah jadi famous bila ada sorang photographer ni discovered tempat ni.
tak tau la macam mana tapi, kalau da photographer kan, sumber dorang ni meluas. plus photographer kan kreatif kan kan.. pandai pandai la dorang carik tempat yang orang tak pernah jumpa.
photographer yang discovered tempat ni, namanya Nick Brandt.
comfirm comfirm la orang omputih..
tak silap aku la, North Tanzania ni kat corner corner africa. kalau tak silap la.
kat sini mcm byk la burung-burung seperti burung apa yang muncung panjang tu,,.jap jap..
mmm. apa nama dia.
hah, flamingo!
haha. BM dia tak tahu la burung apa.
tapi kt situ ada la burung mcm burung flamingo, burung camar..
menurut sumber la,
burung tu akan membatu bila lalu kat tasik tu.
bila pegang ,dia tak akan rasa macam batu.. dia still lembut.
so, magic kan?
Lake That Turns Animals to Stone

ni la gambar yang si Nick Brandt ni dapat. but, this one, gambar flamingo ni, dia just jumpa kat tepi tasik je, ni dia kira edit mcm nak si flamingo ni kat tasik. pandai la dia buat keje tu, dia kan photographer.

Lake That Turns Animals to Stone

ni tak silap aku , dari yang aku baca, burung ni memang kat atas batu, dia just edit mcm burung ni kat tasik.

secara teori nya lah..
menurut kefahaman orang yang update pasal tasik maut ni , burung- burung yang lalu kat tasik ni akan keliru dengan bayang dorang atas permukaan air, lepas tu dorang jadi konfisu lepas tu dorang jadi tak tentu arah and dorang akan jatuh. lepas dia jatuh tu, dorang jadi mcm ni la. membatu .
tapi sila faham ye dahulu,
apa jenis air tasik ni.
tasik ni, pH dia 10 tau. lebih daripada alkali apatah lagi asid. ph paling byk aku pernah jumpa pun 7.
Plus, suhu dia boleh mencecah 60 darjah celcius. boleh bayangkan tak kalau kulit terkena air tu. memang deathly burned.
Cerita si Nick Brandt ( si photographer tu ) , dia jumpa bangkai burung-burung ni kat bahagian tepi tasik ( shoreline dalam kata omputih nya), dia bawak balik. dia cakap, burung tu takde la keras mcm batu tapi tak la lembut, lepas tu dia buat la projek dia nak tangkap gamba bangkai bangkai tu. dia buat mcm burung tu hidup ag ( dari segi bentuk, maybe dia buat burung tu mcm tengah bertenggek ke ) ..
 ni yang paling scary.. burung ni.
Lake That Turns Animals to Stone

tapi aku rasa ni kelawar. bukan burung .HAHAHAHA

So alkisahnya kat tempat ni, pernah masuk report la jugak, burung flamingo makin kurang.. sbb kes ni la.. si flamingo ni belayar sampai ke northen tanzania, tak sedar terus nasib jadi membatu gini.


tapi cerita ni aku tak tau la betul ke tak. ni dari apa yang aku baca.
aku tak pernah pun pergi tempat ni.
paling jauh aku pergi pun perak ke johor..
gituu..

November 28, 2013

CERITA HARI INI. #CERITACERITALAAAAA

Harini , 27 November 2013 merupakan hari mengundi ketua mpp Uitm Jengka. Malam tadi ada kempen manifesto untuk calon-calon . Dari pukul 8 sampai pukul 11 malam. Katanya dapat kupon. Kupon ni kena kumpul paling minimum pun 12 keping. Kalau dapat 12 keping or lebih, boleh ada jaminan dapat tinggal dalam UiTM untuk semester depan. Aku pun pergi juga malam tadi dengan roomates aku & Sardin's . mula- mula duduk jauh sikit dari Sardin,S, dengan Ummi. Kitorang yang lain (Nani, Bella, aku) duduk kat depan sikit sebab kitorang awal sikit gerak. Bosan duduk depan. So, kitorang pindah duduk belakang. Lepas tu, memekak kat belakang. Kesian ummi , demam-demam un dia datang juga sebabnya dia nak dapatkan kupon . Tapi yang kelakarnya, kitorang tak dapat pun kupon tu. Maybe dapat tapi lambat , tapi yang kitorang tahu, sekarang ni kitorang tka dapat lagi la kupon tu. Pastu tadi, pukul 2.30 ptg kitorang gerak g dataran. Nak sambut konvoi diraja. Ada yang dari johor dengan pahang. Mostly pahang la.. mula-mula tu , ajak bella. Kalau tak, aku g sorang la .. bella ikut je aku. Pastu aku tanya Nani, nani nak pergi. Akhirnya, kitorang bertiga je pergi. Ummi, S dengan Sardin tak pergi. Ummi demam. Dia tak larat. S jaga roomates dia yang demam.. Sardin aku tak tau kenapa dia tak pergi. Mungkin dia malas. Sangat penatnya pun pergi tadi. Panas giler kot. Panas terik. Hingus aku pun cair. Asyik nak meleleh je. Aku ni dah la pantang kena panas, kang pening la ape la. Mata perit pulak tadi. Macam nak nangis un ade. Hahaha..
selepas jauh perjalanan dari dorm ke dataran tu, sampai-sampai je ade la yang suruh cepat sikit jalan la ape la. Aku pantang betul orang yang kabut ni nak suruh cepat la ape la. Aku sepak karang.
Heheh.
Dah sampai kat dataran tu, bukan ada apa. Tengok je konvoi tu masuk uitm. Lepas tu dah. Itu je. Lepas tu, kitorang kena tunggu dekat dataran tu sebab nak arak konvoi tu keluar uitm. Masa tu la.... jeng jeng jeng, nampak la dari jarak dekat mereka-mereka manusia insan yang bawa motorbike gedabak tu... lepas tu nampak de polis -polis konvoi tu.. teringat kat Mimi..



ni ade sedikit video yang bosan ( video konvoi) untuk tatapan semuaa.
heheh


November 26, 2013

#27JULAI2013 #PenatGilerBapakKau

Assalamualaikum..

haduiyai. Memang penat betul harini. Dah macam Journey To The West tau.. kekeke..
ceritanya harini... semua student part 1 tengah struggle nak daftar course. Basically, semua student better pakai email guna gmail. Bukan nak ckp tak boleh pakai email guna yahoo.com.. boleh pakai cuma susah la sikit. Kalau nak urusan korang tu smooth and steady, better pakai gmail..
Pagi ni pukul 10 pagi ada kelas bahasa Arab. Macam biasa lah, hari ini first day kitorang attend kelas bahasa arab, so lecturer tu nak kitorang introduce la sikit pasal diri sendiri. Semua dah pernah belajar bahasa arab sebelum ini. Tapi aku sorang je tak. Hahaha.. aku cakap la, “ assalamualaikum, nama saya nur aida binti hamzah. Saya dari petaling jaya, selangor. Saya anak ketiga daripada tiga orang adik beradik. Saya tak pernah belajar bahasa arab”. Pastu lecturer tu terkejut gila. Dia kata teruk nya. Hahaha.. pastu dia cakap, “ masa dulu tak amek KAFA ke .”. aku cakap la, “ tak. “. dia tanya, “ habis tu lepas habis sekolah kamu buat apa?”. Aku pun cakap la, “ tengok tv”. Pastu dia cakap , “ patut la mata tu mcm tu”. Kay kay kay. Tak lawak. Haha.. masa dia cakap macam tu, satu kelas gelak kot.. aku rasa eye bag aku ni dah jadi bahan gurauan ramai orang. Kahkahkah. Semalam kene bahan , harini kene bahan. Haish. Mcmne lah nak hilangkan eyebag ni.. aduih.. harini pun aku sakit tekak. Dah mula dah batuk-batuk ni. Aku ni bahaya sikit kalau dah mula nak batuk batuk ni.. silap silap boleh demam. Macam haritu..
lepas kelas arab, kitorang semua rushing gi blok I. Kelas account . Dan macam biasalah, kitorang berenam ialah orang orang yang paling last masuk..
pastu si Bella ni sibuk nak uk uk. Haish. Hahaha..
time tu aku dah rasa macam nak demam dah..
lepas tu, aku, bella dengan nani terus rushing pergi library bukhairi 1. nak buat daftar kursus tu. Pastu ulang alik dari HEA ke library sebab nak betulkan email. Aku ulang alik banyak kali kot sebab email aku ni prob. Lepas tu aku pergi bayar elektrik sekali.. penat giler bapak kau. (sama macam tajuk post ni)
masa tu, aku dengar elektrik dah dapat pakai dah. Kawan aku punya bilik. Tapi dia tak bayar lagi pun.. best nye la dia tu.. heehehe
oh ya, masa aku nak ulang alik pergi HEA tu , aku pergi sesorang je...
susah kalau berkawan ni. Byk omel.. baik aku pergi sendiri.. tade kabut ..
susah sendiri lebih senang dari bawak orang ikut susah sekali. Ahaahha. Mende aku merepek ni.
Ha, masa aku otw nk g HEA dengan nani n bella (ni yang masa first time nk pergi library. Time ni tak de nk ulang alik lagi), ade student part 2 ni ajak masuk silat. Gua cakap sama lu, YDP silat sangat handsome. Dia part 6 . tapi harini dia last kat jengka ni. Lepas ni dia buat praktikal. Best giler kot kalau dia ada masa nak ajar kitorang nanti. Pastu orang yang briefing kat kitorang pasal silat ni, rupanya budak part 2, umur 18 tahun. Sebaya je dengan kitorang. Aku ingatkan abang-abang.. aku dah mcm “ la, panggil je la aku kau” dengan dia..
tapi aku nak minta maaf la.
Sebab masa aku tengah serabut pasal nak daftar kursus ni, ulang alik ulang alik, aku mcm moody sikit. Lepas tu, aku tak senyum un. Muka cengih. Muka masam..
maaf la ye.
Walaupun korang tak tau en, tapi aku rasa macam bersalah pulak.
Maaf la ye.
Sekian untuk harini.

Pada student uitm part 1 yang membaca (ade ke? Rasanya tade, tapi takpelah. Hahaha) , jangan lupa datang lah ke manifesto undian calon mpp. Nak kupon ke tak nak? Kalau nak dtg la. hahaha

25 julai 2013

Assalamualaikum~~~~~

Harini first day aku pergi class as mahasiswi . Seriously mcm excited la jugak. but not too excited because before this kan aku dah pernah juga jadi pelajar IPTA ni hah, yang kat Poli Sabak Bernam tu.. haa poli sebelah laut tu.. yang hujung dunia tuu.. Tapi yang ni lain sikit kot sebab kali ni, macam smooth je perjalanan dia. Pukul 6 pagi aku bangun padahal pukul 10 pagi kelas aku start .. aku bangun sebenarnya sebab aku nak bagi laluan kat roomates aku lalu lalang , almaklumlah, aku tidur atas lantai... kang kalau aku tak bangun, sedar dari tidur ,tengok - tengok aku dah kat bawah meja tulis dah. hahahaha. kay tak lawak pun.
Lepas aku bangun tu, aku sambung tidur kat atas katil. for the first time aku tidur kat atas katil milik aku tuu.. my katil is my territory okay. hahaha.. tidur punya tidur, aku mcm dengar ada mesej masuk tapi aku buat tak tahu je sbb .. malas nak turun balik.. aku bangun tidur kul berapa entah ... nak dekat kul 7.45 kot. rasanyalah.. badan sakit- sakit je... aku rasa macam aku dah lambat nak g kelas.. tapi rupanya awal lagi.. hehehehe

Lepas tu, si Sardin a.k.a Wahida dtg bilik aku.. katanya nak lepak. tak tau la apa yang dia pk sampai lepak kt bilik aku. aku dah la someone yang membosankan and aku rasa i'm someone who has nothing to say about something.. mcm, bagi aku,, there's no topic that i can make as an intro for a conversation..
mcm challenging je bila si Sardin ni datang.. buat aku berfikir nak borak apa dengan dia.
then aku halau dia .. hahaha. takdelah. aku suruh dia pergi panggil Bella dengan Ummi lepak dekat bilik aku.. aku tau lepas dia pergi dia takkan balik lagi dah bilik aku tu walaupun dia cakap nanti dia datang balik. kekekekeke..

kul 9.30 katanya tunggu kat bawah.. tapi biasalah , janji melayu.. kul berapa entah baru semua berkumpul. si Nani ni ha, lambat bangun.. kul 9 berapa entah dia baru nak bangun. time tu, si S dah turun bawah dah nak jemput dia. apa daaaaaaaa. tapi takpe. kitorang tak lambat pun... lecturer pun lambat.. biasalah kan..
aku dah tau dah. dulu pun mcm tu..
then, aku paling tak suka sesi memperkenalkan diri. mcm apa je. hahaha
first class kitorang kelas math.. sempoi gile. dia just gitau rangka topik yg kitorang akan study then lepas tu, tulis nama then dia suruh balik.. nama lecturer tu Norhuda.. mcm sempoi la jugak aku tengok dia. tapi tak tau la lepas ni sempoi lagi ke tak.. then kitorang lepak kat Uwais kejap sampai la pukul 2.. 
set dengan si Amer tunggu depan Uwai kul 2 dengan geng2 dia. senang sikit nak pergi sesama. lambat sesama , cepat sesama en. tapi mcm hampeh..kekekeke.. kitorang baru nak melangkah kat fast track tu,, yang si Amer dengan geng-geng dia tu dah naik tangga dah nak sampai pun kat kelas..


class kitorang masa tu, kelas ELC.. English Language Course... speaking habis. lecturer dia sangat ayu malah kelakar. probably because she is a student too. she's a master student if i'm not mistaken la.. dia amek course tesl. when she mentioned about tesl, aku terus related kan otak aku dengan dann. hahaha. sebab dann kan amek tesl jugak. masa tu aku terpk, " agaknya dann lepas ni jadi mcm ni jugak la kan?". hahaha..
dia suruh perkenalkan diri kawan. bukan diri kita. aku paired dengan si Nani ... nani ni buat lawak.. hahaha
cara dia speaking tu.. hahaha.. pastu nani cakap aku insomnia. lecturer tu mcm curious ... dia tanya mcm ne aku ley dpt insomnia.. aku ckp la "it's just happened" mcm poyo kan jawapan aku. kekekeke. lepas tu dia tanya berapa lama aku boleh tak tidur .. aku ckp la . pernah seminggu tak tidur... tapi petang tidur la.. satu kelas terkejut. pastu lecturer aku ckp dengan selambat, " yes, i can see it from your eyes". nak ckp eyebag aku le tuu.
hahaha

balik kelas tu terus g kokurikulum. aku amek Kesatria Negara. aku nak amek Brass Band tapi member semua amek kesatria negara. last sekali aku sorang masuk group lain.. dorang semua dpt group Alpha. aku Charlie. sedih. tapi terima je la . malas nak omel panjang2 ni..

ni sekarang tengah penat, sakit badan, pening pale ape semua..
nak balik ..rindu rumah..





November 24, 2013

#MDS #UITMJENGKA

16 NOVEMBER 2013 // SABTU

Pukul 5 bangun pagi. Siap-siap apa semua, lepas tu buat apa yang patut. Aku rasa pagi tu dah masuk kali ketiga aku check balik barang-barang yang aku nak bawa sebab Angah aku kata aku bawa barang macam nak pindah rumah , macam aku dah tak balik rumah dah. Takdelah , aku fikir sebab aku jauh nanti. Susah nak balik. Some people mcm “eleh tak jauh pun Pahang dengan rumah kau laa”. Memang la tapi bila fikirkan susah nak balik disebabkan masalah transport, haha, faham faham je la. Aku rasa macam semua pun kena bawa. Tapi ade lah aku bawa keluar sikit baju dengan seluar. Bukan apa, kang orang cakap aku ni over lak. Padahal aku boleh je beli kt bandar kalau aku tak cukup mana-mana barang kan?
Ecehcecehcehchecehcheheehc. So, kul 7 pagi dah keluar rumah. Btw, family aku semua pergi kecuali Along sebab Along kena kerja. Haih. Kerja Along aku tu sampai bila pun habis . Hahaha..
Anyway, kitorang buat byk kali kot pit stop sebab sesat. Bukan sesat la.. mmm,, cuma tak tau jalan. Pit stop kitorang tak lain tak bukan mestilah pam minyak punya stesen. Kekeke.. Btw, mungkin aku tak biasa , telinga aku rasa macam pekak mse dlm perjalanan. Mak aku ckp sebab kitorang kat bahagian tinggi. (dulu naik cabel car un mcm ni jugak lah rasanya). Pukul 10 setengah mcm tu, aku sampai. Jeng jeng jeng. Masuk-masuk je, Polis terpacak kt depan pintu masuk UiTM. Rupanya UiTM tade security guard. Dorang just ade polis bantuan je.
Then, masuk-masuk je, student lelaki dengan student perempuan memang terpisah. Siswa akan ke kanan while siswi akan ambil left side punya route. First impression aku was like, “ apak besar gila kau!” nak kata besar, aku rasa uitm lain lagi besar . Cuma aku fikir aku ni hah yang nak jalan kaki, bagi aku, bagi pejalan kaki macam aku, uitm ni besar. Hahaha. Then, ade padang memanah. Mcm awesome la. First time kot aku tngok. Mula-mula aku jakun la jugak, lepas 5 minit aku dah teruja dengan benda lain.. that is , our dorm!! Aku orang pertama yang sampai dalam bilik aku. And, aku dapat katil atas. T_T sobsob.. plus, dapat tingkat paling atas. Tangga dia ada taik burung. Nasib baik dah kering. Kalau tak... aku pun tak tau la mcmne .. hehe.
Lepas tu, berkenalan la dengan roomates. First roomate yang aku nampak is Dahlia , which I called her as Lily. Her name was soo beautiful like flower. She's pretty pure and descent. Can't denied that my first impression to her was “ total naïve – good girl”. Then,second roomate was Wani. Nama penuh dia Hazwani. She's 19. or 20. I'm not sure . If i'm not mistaken, 20 la kot. Dia habis matrik dah. So, actually, dia amek degree but nak tunggu result degree lambat so dia ambil diploma je terus. Dia cakap, kalau dia dapat, dia nak pergi. Rugi kot kalau tak pergi. Anyway, Third roomate is Atilia. Nama diaaaaaaaa. Pergh.. mcm nama penyanyi kekanda adinda tu. Hahaha.. tapi panggil dia Ati je. Dia ni matang sikit. Walaupun aku paling tua antara Lily dengan Wani, tapi aku rasa, aku paling nampak macam adik. Dorang pulak yang protect aku. Probably cause I'm scaredy. Kekekeke.. then, dah nak balik tu, aku babai ibu dengan angah apa semua, tinggallah aku sorang. Nasib baik Lily temankan aku. Hehehe.. then, kitorang berkepit je la dua orang. Yang si Wani dengan Ati bekepit dua orang. Buat haluan masing-masing la kiranya kitorang ni. Kekekek.. then, pukul 4, start la orientasi. YA ALLAH....
dia punya fasilitator,, gua cakap sama lu mcm askar. Nama dia Fariza kot tak silap aku. Tak sempat tangkap gambar dia. Suara dia kuat gila bapak mak nenek atuk kau! Haha.. siapa entah cakap dekat aku , dia tu commander. Pergh.. haha. First day struggle. Aku ckp ngn korang, aku rasa macam nak jerit je “ apa semua ini!!!!!!!!!!”. Hahahaah. Tapi aku ok je. Bagi aku masa tu, orientasi dekat Poli lagi teruk. Hahaha. Kat sini kira ok lagi. Btw, kat Uitm , dorang tak panggil fasilitator as fasi. Dorang dipanggil as OC (Organization Community tak silap aku maksudnye. Lantak lah. Tak penting pun doe). Lupa la apa jadi, but first day, biasalah kan.. ade yang ngomel itu ini tapi aku dah biasa dah. Sebelum ni dah de pengalaman. Kekekeke. Btw, kitorang tak buat aktivit kat dewan macam orientasi ipta lain. Kitorang buat kat masjid. Oh! Btw, aku dapat kolej kediaman Tun Fatimah. Ada satu lagi kolej kediaman tapi tu untuk student science tak silap aku. Nama kolej tu Tun Teja. Kalau lelaki ada dua. Kolej kediaman Dato Bahaman dengan Mat Kilau. Yang Mat Kilau tu untuk degree student tapi campur la laki perempuan. Kolej kediaman dorang mcm kondominium. Mmg sangat cantik.


17 NOVEMBER 2013 // AHAD

Bangun kul 3 pagi mcm biasa. Memang la kena berkumpul pukul 5 tapi agak-agaklah. Ramai kot student . Toilet sikit. So, better awal sikit. Air dia soo cold like iceberg. Hahaha. Menggigil kot mandi. Sebab aku kt pedalaman kan. So normal la tuu. Haha. Anyway. Kitorang (semua student) basically lambat tau. Pastu kitorang kena tegur la dengan OC. Mungkin ada yang terasa ke hati. Tapi aku cakap dengan korang, biasa la tu . Normal. Kat mana-mana sama je. Ada yang tak puas hati sebab dorang datang awal tp dengan dorang2 pun kena marah. Tapi aku nak ckp, normal la tu. Tak yah nak ngomel sgt la kan. Kt US nye navy lagi teruk. Dorang ok je. Hari kedua ni aku tak ingat la buat apa. Yang aku sure, kitorang just buat aktiviti dekat masjid yang dipanggil Uwais AL- Qarni. Nak berjalan ke sana , perghhh.. beratus ratus langkah. Sampai je masjid dah berpeluh mcm baru lepas habis jogging. Haha.. dah la kena rushing nak solat apa semua. Tapi ni pesan aku la kan, tak baik rushing nak solat. Nabi tak suka. Buat cool je tapi jangan lah terhegeh hegeh sgt. OC dy mmg garang. Tapi Fasi aku kt Poli lagi garang. Hahaha..
hari kedua ni balik bilik kul 10 ke 11 . time tu, sibuk la semua nak basuh baju la , mandi la.. haha.. aku tidur atas lantai. Tak tidur atas katil un.sebab katil kan aku atas. Katil double decker . Tapi takde penghadang. Agak gayat la bagi aku sbb aku tak pernah tidur atas double decker. So tidur bawah je la. Kekeke.. plus panas kot tidur atas katil. 

Ala, actually aku tak ingat lah apa jadi masa orientasi tu sebab semua pun macam orientasi yang lain -lain la. Ha, btw, OC untuk siswi nama mereka ialah ... kay, tak ingat . Haha. Yang aku tau lah, OC Jeera yang sangat ayu cantik pretty preetty WOW lagi comel dan lemah lembut. OC Tia, OC Fida, OC Fariza, OC ape lagi ek. Tak ingat la. OC lelaki lagi lah aku tak tau. Haha. Memang ada dorang kenalkan diri tapi aku masuk telinga kanan kua telinga kiri. BTW, siswi dengan siswa ada masalah kefahaman sikit dengan OC. Sbb ade yang menganjing. Hahaa. Sebab tak puas hati kat OC. But normal lah semua tu. Mulut siswi and siswa tak ley shut down kekeke.. but basically, just pegang pada words what you give is what you get. So, tulah yang kitorang kena. Hahaha. Masa nak akhir-akhir orientasi ni, siswi dengan OC de buat deal. Kalau siswi lambat berkumpul or lengah-lengahkan masa, kitorang kena buat star jump. Example, kitorang lambat 15 minit. So kitorang kene buat 15 kali starjump. Lepas tu, baru- baru ni, kitorang menganjing OC. Semua pun sama je menganjing bukan sorang dua. Kitorang kena denda jalan itik. Bagi aku , aku tak rasa itu punishment. But aku rasa tu mcm benda baru so aku rasa kelakar. Haahaha. Aku siap gelak gelak dah. Dorang yang lain mcm “ penat nye.” “ apa ni”. Yang aku gelak. Aku rasa macam best. Hahaha. Siap kena buat bunyi. Haha. Mcm dalam Running Man pun ade gak. Hahaha. Tapi lutut sakit la jugak. Tp yg penting aku have fun la jugal. Oh btw! All the way long kitorang orientasi, we've learned a lot of stuff. Mcm break clap. Basically kt plkn un ade bende ni. Kt poli un ade. Cuma aku tak ingt je. Pastu de buat byk la game. Serius best giler kot. Aku tak rasa nak balik rumah pun cuma homesick je la. Kalau kat poli, aku first day mmg nak balik. Haha. Yang ni , aku rasa mcm tak sabar nk tunggu esok punye aktiviti. Siapa nak belajar break clap, boleh la roger roger aku. Aku pro. Hahahahahahahaahahah.. cabana betul aku ni.
Btw, sepanjang 7 hari ni, aku dah berkawan dengan 5 orang gadis. Sorang ni dari selangor jugak. Dari kota damansara. Nama dia wahida. Dia ketua aras kitorang. Dia ni gila sikit. Dia ni mcm Adilla sikit. Dah berpunya kay. Jgn kacau. Hahaha. Walaupun nama dia wahida wassini. (Wahida je sebenarnye nama dia. Wasini tu aku tambah sendiri) , kitorang panggil dia Din.. nama lelaki? Bukannnnnnnn.. itu shortform dari ikan sardin marina. Ikan sardin marina tu sebenarnya, wahida sendiri yang bagi kat diri sendiri. Bukan kitorang bagi kay. Hahaha.. dah melekat dah dengan nama Din. Sampai aku lupa nama betul dia. Hahaha. Lagi sorang ni , nama dia Asmahusna mende entah. Tapi nama dia Asmaa. Dia gedik gedik suruh orang panggil dia S. hahahaha. Sakai. Melekat jugak dengan nama tu. Kitorang mmg panggil dia S je. Kadang-kadang aku un main-main, “panggil aku I”. hahaha. Kay tak kelakar. S ni poyo sikit. Nasib baik muka cantik. Kelakar. Kurus orang nye. Lepastu, sorang lagi nama dia, Nani. Naninajwa ialah nama panjangnya. Dia dipanggil as Ah Boy. Hahaah.. hanya part 1 ngn pra diploma je yang tau mende Ah Boy tu. Melekat un melekat la jugak dia dengan nama tu. Lepas tu, ada lagi sorang minah ni. Comel je suara dia. Nama dia Amira Nabila. Mula – mula panggil dia Mira tapi sebab ada ramai gila kot budak nama Mira la Ira , dalam course banking, so kitorang confused. Dia nak nama Bella. Melekat pun melekat la jugak. Semalam dalam kelas Kemahiran Insaniah masa nak kenalkan diri kt orang, si Mira ni “ boleh panggil Bella”. Aku dengan Nani dah gelak gelak dah. Hahaha. Lepas tu, siapa lagi ek.. oh! Ummi! Dia ni byk cakap. Kabut sikit. Hahaha. Muka macam cina sikit ... dia ni tade gelaran.. kesian. Sama macam aku la.. tade gelaran.. mungkin dia ada gelaran cuma aku je yang tak tau apa dia gelaran dia tu. Hehehe. Semalam Nani bawa kitorang g Bandar Jengka. Jumpa kedai Eco RM2. Semua barang harga dia RM2. Aku beli byk kot. Hehehehe.. pastu g makan kat KFC ramai2... kabut la jugak shopping 6 orang. Serabut. Yang sorang tu sibuk berdating dengan crush dia tu... hahahahah.. tapi aku, bella dengan nani balik dulu .. kul 9 mcm tu. Aku tak ingt la kul berapa. Yang Din, S, dengan Ummi balik lambat sikit. Tak tau la kul berapa. Oh ye.. last day of orientasi hari Jumaat, best giler kot. OC bergaduh. Serius. Siap bertumbuk. Antara OC tu ada yang tak puas hati dengan OC lain. Laki dengan perempuan pun ada yang gaduh bertumbuk. Ramai yang nangis. Mestilah kitorang raasa bersalah. Dorang gaduh sebab kitorang. Ada sorang OC ni, dia ni macam Sir Khaidir. Aku tak tau la apa nama OC laki tu. Tapi orang panggil dia Hitler. Tak tau kenapa, tapi renung-renungkan lah. Hehehe.. masa dorang gaduh tu,, serius, gempak giler. Terkejut kot. Ni first time jadi... last skali, semua OC kua. Tak semua la , OC yang begaduh tu je kua.. ketua OC tu dah mcm tak tau nak buat apa. Dah la dia kecik. Muka dah la mcm along maharaja lawak. Muka dah la comel. Kesian tengok dia stuck bila tengok OC bawah dia gaduh. Lepas tu, masa semua OC kua dari dewan, tinggal dia sorang, dia panggil semua OC tu masuk balik. Kesian gila kat dia. Dia cakap mende tu tak kelakar langsung. Boleh nampak lah, muka kekecewaan dia tu.. pastu tetibe OC Azli (main hentam je nama.. ) masuk then, semua OC pun masuk, then semua gelak.. it's a prank. Jengjengjeng. Aku dah tahu dah. Kat poli dulu pun sama je. Siap guna dadah kot. Pegawai nakotin mende nth pun ade masuk cmpur masa nak buat prank kt poli dulu. Tp yg prank uitm ni lagi best laaa. Mestilah best. Gempak gile.. real sungguh. Aku tabik kt OC Fariza. Aku suka kat sorang OC ni.. tak tau nama dia. Tapi masa final orientasi , dia paakai baju warna ungu. Dia nampak sungguh man. Hehehe. Suka gedik-gedik je... ok. Itu je lah.. btw, semalam outing dengan dorang semua best giler kot. :) thanks. Byebye! Assalamualaikum!

basically, aku rasa uitm jengka. especially kalau korang dapat carik kwn sekepala. time orientasi ni la korang nk adjust semua mende. nanti lepas dah start kelas senang la semua kerja. pada those yang dapat offer study kt uitm, baik masuk. abaikan apa semua kejadah punya topik , korang kene pegi lalui sendiri. aku rasa best giler kot kt sini .... probably sebab dapat geng yang kabut. mungkin nnt dlm kelas kitorang je yang bising.. heheh. tapi, aku akan belajar bersungguh-sungguh.. :) rindu ibu, angah, along, adik dan rumah :)

July 24, 2013

Random talk .

Assalamualaikum!

It's been a long time since I really post a real post in here. Dup dap dup dap. I've got nothing to talk about. I've been keeping silence lately. It's been a messy day since that happened. I decided to not reply to any messages I received. I know it's wrong . It's not even relating. Haha. Whatever. I just prefer to be alone. I think the last time I spent my day almost 4 hours with Mariyah and we talked about a lot of stuff. It's great to know that I have someone that .. I am confident to say she's my friend. Still hesitate if we're bestfriend. We just knew each other and can't consider i'm her bestfriend. I'm still new to her. Hehe. Nak tau tak ? My action , which I said that I've been keeping silence and dont want to replied any messages I received, it's gave negative impact. Serius. Hahaha. Hilang kawan? Yes. People keeping distance from me? Yeah . . yes. That's all happened. Sedih. But at least, I finally knew who is real and who is not. Kalau real, takkan mudah macam tu je nak give up? Right? If true, they stand next to me and non stop giving support. Marah tu marah. Sedih tu sedih. But come to think of it, not worth it pun. Since, kalau dorang dah tak nak, can't push them to have me back. I meant, who is me to be treasured of? I'm not ruby, im not diamon not even gold. Just manusia biasa yang tak paham dengan diri sendiri.
Anyway. Since it's ramadhan kan, kinda missing the ramadhan I had back when I was a kid , when i'm still a student . Just suddenly missing all of the moment I had. Rindu nak tadarus and semua la. Betul tau. Zaman sekolah is the moment which keep playing in head bila kita dah dewasa. Even kalau memori tu tak la seindah or tak segempak mana. Serius. Aku takda banyak moment pun. But, trust me, kawan -kawan yang buat kan zaman sekolah tu gempak. Diselitkan dengan guru yang masuk air and happening and cool. Talking about cikgu, really want to meet cikgu nora. The mother of the student in school . ok. Enough cakap pasal sekolah. Buat aku rindu sekolah lagi byk adalah. Haha. Now pun hot dengan drama Ramadhan yang Hilang. Kadang-kadang aku sendiri konfius dengan karakter dalam drama-drama yang ada sekarang. Sebab semuanya pasal anak angkat la, tertukar anak la. Drama Destined heart (yg cite filipine tv3 pukul 3 tu), drama hujan, drama ramadhan yang hilang, bukan ke semua tu ada unsur-unsur anak tertukar or anak angkat. But, thumbs up to all of those drama. Serius best. :)
rindu pulak kat kawan-kawan. Harap bolehlah pulihkan balik hubungan dengan dorang semua.. random gila kan aku bercakap di sini. Sekejap cakap pasal tu sekejap cakap pasal ni. Anyway. (See tuka cite agi) , bila aku tngok almy nadiah dengan anak dia, then kate middleton dapat baby ,then cara aisyah sinclair layan baby girl dia, nak jugak merasa ada baby. But, dont want to get married. Teringin nak adopt baby, sekarang jugak. Spent time dengan dia. Haaaaaaaa.. tapi aku tak boleh T_T . happy je life ni kalau ada budak-budak dengan telatah dia. (apa da aku ni.. haha). Kekekeke.. kata akhir, Salam Ramadhan. Esok ramadhan yang ke 15 eh? Ke 16? 16 rasanya. Dah separuh dah ni . Tahun depan, minta-minta ada lagi ramadhan! Hehe. Btw, to those yg marah dengan aku, or tak puas hati dengan aku or kecewa dengan aku, please talk to me. I know my recent behaviour destroyed byk mende. Personally , aku sendiri tak tahu kenapa aku macam ni. Haha. Just jadilah gila dengan aku ye. Maka , aku harap, perangai aku akan ok. Signing out! See ya tomorrow.



Bombom.

July 23, 2013

Kek Batik Sarawak

Kekbatik-sliceside


Bahan-bahan ( untuk 3 loaf tin )

  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1 cawan milo
  • 1 suduteh serbuk kopi
  • 1 cawan air panas
  • 1 tin susu pekat manis
  • 1 tin susu sejat (bukan susu cair)
  • 250g mentega
  • 1 1/2 paket biskut Marie (berperisa biasa atau kopi atau kedua-duanya sekali)
  • 1 1/2 cawan nestum

Cara-cara

  1. Cairkan mentega dalam periuk. Jangan biarkannya bertukar warna ke coklat atau terbakar. Padamkan api.
  2. Masukkan serbuk koko, milo, kopi, air panas, susu pekat manis dan susu sejat. Gaul sehingga sebati.
  3. Campurkan nestum dan buka api sehingga ia mendidih.
  4. Biarkan ia menyejuk. Sementara itu, patah-patahkan biskut marie menjadi kepingan besar.
  5. Masukkan biskut marie ke dlm campuran di atas dan gaul. Tapi jangan terlalu kuat sampai biskut tu pecah-pecah.
  6. Lapik tin dengan plastic (clingfilm) dan masukkan campuran tadi kedalamnya. Mampatkan dengan sudu.
  7. Letakkan dalam peti sejuk (bukan freezer) selama beberapa jam. Lagi lama lagi bagus. Setelah ia mengeras, potong dan hidangkan

Laksa Sarawak

nyam nyam~~~~~~~

Laksa_sarawak


  • 1 paket mee bee-hoon
  • 1 paket besar perencah laksa (boleh didapati di supermarket)
  • 1 biji kelapa parut
  • 1/2 kg taugeh
  • 1/2 kg isi ayam (tulang ayam untuk air rebusan ikut suka)
  • 1/2 kg udang
  • 3 biji telor ayam
  • daun ketumbar
  • limau nipis
  • >> Sambal <<
  • 2-3 sudu cili kering ditumbuk
  • bawang merah dan putih ikut suka
  • belacan sebesar 1/2 kotak mancis
  • minyak masak untuk menumis

Cara-cara

  1. Masukan 5 cawan air rebus tulang ayam bersama-sama isi ayam kedalam periuk.
  2. Rebus isi ayam hingga masak kemudian diangkat.
  3. Masukan udang, rebus sebentar kemudain diangkat.
  4. Masukkan perencah laksa sarawak bersama air rebusan tadi, rendidih dengan api perlahan selama 20 minit.
  5. Sementara menunggu, celur taugeh dan mee tadi. Goreng telur dadar, kupas udang dan siat isi ayam. Ketepikan.
  6. Perahkan santan sebanyak 4 - 5 cawan ikut suka.
  7. Sekarang bolehlah bee-hoon di hidang bersama-sama ayam yang disiat tadi, udang, taugeh, telur dadar dan daun ketumbar, limau dan sambal. Kuah lah lakasa tersebut dengan kuah yang disediakan tadi.

ASSALAMUALAIKUM~~~~~

Nak dekat setengah bulan ramadhan dah~ sekejap je kan.
Btw, sedang ku berjalan-jalan di sebuah portal. I caught my eyes on these. Damn.

Mee_kolok

Bahan-bahan ( 1 org )

  • 1 gulung mee kering (mee sanggul/yee mee)
  • 3 ulas bawang putih (mayang)
  • 2 sudu besar minyak
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar kicap cair
  • 4 helai daun sawi (potong 1 inci)
  • 1/2 cawan daging / ayam rebus (rebus dgn 1 ketul kiub ayam maggi)
  • 3 cawan air rebusan daging/ ayam
  • 1/2 labu bawang besar (potong berbaji halus)
  • Garam , gula, lada sulah dan ajinomoto secukup rasa
  • HIASAN - Daun bawang dan bawang goreng secukupnya

Cara-cara

  1. Panaskan minyak.Tumis bawang putih hingga naik bau.Masukkan bawang besar.Kacau seketika hingga layu.Masukkan sos tiram, kicap pekat, kicap cair dan air rebusan daging/ayam.
  2. Masukkan mee.Biarkan sedikit lembut.Masukkan garam, gula dan ajinomoto secukup rasa.Kacau seketika.Masukkan sawi, daging/ayam rebus (yang telah dipotong nipis).Masak hingga mee lembut sedikit dan sawi layu.
  3. Angkat dan hidang segera.Hiaskan dengan daun bawang dan bawang goreng. Tambahkan lada sulah jika suka.
buat dia ala-ala mee kuning basah bujang setail kan? haha. Dapnyerrrrrrrrrrrrr