16
NOVEMBER 2013 // SABTU
Pukul
5 bangun pagi. Siap-siap apa semua, lepas tu buat apa yang patut. Aku
rasa pagi tu dah masuk kali ketiga aku check balik barang-barang yang
aku nak bawa sebab Angah aku kata aku bawa barang macam nak pindah
rumah , macam aku dah tak balik rumah dah. Takdelah , aku fikir sebab
aku jauh nanti. Susah nak balik. Some people mcm “eleh tak jauh pun
Pahang dengan rumah kau laa”. Memang la tapi bila fikirkan susah
nak balik disebabkan masalah transport, haha, faham faham je la. Aku
rasa macam semua pun kena bawa. Tapi ade lah aku bawa keluar sikit
baju dengan seluar. Bukan apa, kang orang cakap aku ni over lak.
Padahal aku boleh je beli kt bandar kalau aku tak cukup mana-mana
barang kan?
Ecehcecehcehchecehcheheehc.
So, kul 7 pagi dah keluar rumah. Btw, family aku semua pergi kecuali
Along sebab Along kena kerja. Haih. Kerja Along aku tu sampai bila
pun habis . Hahaha..
Anyway,
kitorang buat byk kali kot pit stop sebab sesat. Bukan sesat la..
mmm,, cuma tak tau jalan. Pit stop kitorang tak lain tak bukan
mestilah pam minyak punya stesen. Kekeke.. Btw, mungkin aku tak biasa
, telinga aku rasa macam pekak mse dlm perjalanan. Mak aku ckp sebab
kitorang kat bahagian tinggi. (dulu naik cabel car un mcm ni jugak
lah rasanya). Pukul 10 setengah mcm tu, aku sampai. Jeng jeng jeng.
Masuk-masuk je, Polis terpacak kt depan pintu masuk UiTM. Rupanya
UiTM tade security guard. Dorang just ade polis bantuan je.
Then,
masuk-masuk je, student lelaki dengan student perempuan memang
terpisah. Siswa akan ke kanan while siswi akan ambil left side punya
route. First impression aku was like, “ apak besar gila kau!” nak
kata besar, aku rasa uitm lain lagi besar . Cuma aku fikir aku ni hah
yang nak jalan kaki, bagi aku, bagi pejalan kaki macam aku, uitm ni
besar. Hahaha. Then, ade padang memanah. Mcm awesome la. First time
kot aku tngok. Mula-mula aku jakun la jugak, lepas 5 minit aku dah
teruja dengan benda lain.. that is , our dorm!! Aku orang pertama
yang sampai dalam bilik aku. And, aku dapat katil atas. T_T sobsob..
plus, dapat tingkat paling atas. Tangga dia ada taik burung. Nasib
baik dah kering. Kalau tak... aku pun tak tau la mcmne .. hehe.
Lepas
tu, berkenalan la dengan roomates. First roomate yang aku nampak is
Dahlia , which I called her as Lily. Her name was soo beautiful like
flower. She's pretty pure and descent. Can't denied that my first
impression to her was “ total naïve – good girl”.
Then,second roomate was Wani. Nama penuh dia Hazwani. She's 19. or
20. I'm not sure . If i'm not mistaken, 20 la kot. Dia habis matrik
dah. So, actually, dia amek degree but nak tunggu result degree
lambat so dia ambil diploma je terus. Dia cakap, kalau dia dapat, dia
nak pergi. Rugi kot kalau tak pergi. Anyway, Third roomate is Atilia.
Nama diaaaaaaaa. Pergh.. mcm nama penyanyi kekanda adinda tu.
Hahaha.. tapi panggil dia Ati je. Dia ni matang sikit. Walaupun aku
paling tua antara Lily dengan Wani, tapi aku rasa, aku paling nampak
macam adik. Dorang pulak yang protect aku. Probably cause I'm
scaredy. Kekekeke.. then, dah nak balik tu, aku babai ibu dengan
angah apa semua, tinggallah aku sorang. Nasib baik Lily temankan aku.
Hehehe.. then, kitorang berkepit je la dua orang. Yang si Wani dengan
Ati bekepit dua orang. Buat haluan masing-masing la kiranya kitorang
ni. Kekekek.. then, pukul 4, start la orientasi. YA ALLAH....
dia
punya fasilitator,, gua cakap sama lu mcm askar. Nama dia Fariza kot
tak silap aku. Tak sempat tangkap gambar dia. Suara dia kuat gila
bapak mak nenek atuk kau! Haha.. siapa entah cakap dekat aku , dia tu
commander. Pergh.. haha. First day struggle. Aku ckp ngn korang, aku
rasa macam nak jerit je “ apa semua ini!!!!!!!!!!”. Hahahaah.
Tapi aku ok je. Bagi aku masa tu, orientasi dekat Poli lagi teruk.
Hahaha. Kat sini kira ok lagi. Btw, kat Uitm , dorang tak panggil
fasilitator as fasi. Dorang dipanggil as OC (Organization Community
tak silap aku maksudnye. Lantak lah. Tak penting pun doe). Lupa la
apa jadi, but first day, biasalah kan.. ade yang ngomel itu ini tapi
aku dah biasa dah. Sebelum ni dah de pengalaman. Kekekeke. Btw,
kitorang tak buat aktivit kat dewan macam orientasi ipta lain.
Kitorang buat kat masjid. Oh! Btw, aku dapat kolej kediaman Tun
Fatimah. Ada satu lagi kolej kediaman tapi tu untuk student science
tak silap aku. Nama kolej tu Tun Teja. Kalau lelaki ada dua. Kolej
kediaman Dato Bahaman dengan Mat Kilau. Yang Mat Kilau tu untuk
degree student tapi campur la laki perempuan. Kolej kediaman dorang
mcm kondominium. Mmg sangat cantik.
17
NOVEMBER 2013 // AHAD
Bangun
kul 3 pagi mcm biasa. Memang la kena berkumpul pukul 5 tapi
agak-agaklah. Ramai kot student . Toilet sikit. So, better awal
sikit. Air dia soo cold like iceberg. Hahaha. Menggigil kot mandi.
Sebab aku kt pedalaman kan. So normal la tuu. Haha. Anyway. Kitorang
(semua student) basically lambat tau. Pastu kitorang kena tegur la
dengan OC. Mungkin ada yang terasa ke hati. Tapi aku cakap dengan
korang, biasa la tu . Normal. Kat mana-mana sama je. Ada yang tak
puas hati sebab dorang datang awal tp dengan dorang2 pun kena marah.
Tapi aku nak ckp, normal la tu. Tak yah nak ngomel sgt la kan. Kt US
nye navy lagi teruk. Dorang ok je. Hari kedua ni aku tak ingat la
buat apa. Yang aku sure, kitorang just buat aktiviti dekat masjid
yang dipanggil Uwais AL- Qarni. Nak berjalan ke sana , perghhh..
beratus ratus langkah. Sampai je masjid dah berpeluh mcm baru lepas
habis jogging. Haha.. dah la kena rushing nak solat apa semua. Tapi
ni pesan aku la kan, tak baik rushing nak solat. Nabi tak suka. Buat
cool je tapi jangan lah terhegeh hegeh sgt. OC dy mmg garang. Tapi
Fasi aku kt Poli lagi garang. Hahaha..
hari
kedua ni balik bilik kul 10 ke 11 . time tu, sibuk la semua nak basuh
baju la , mandi la.. haha.. aku tidur atas lantai. Tak tidur atas
katil un.sebab katil kan aku atas. Katil double decker . Tapi takde
penghadang. Agak gayat la bagi aku sbb aku tak pernah tidur atas
double decker. So tidur bawah je la. Kekeke.. plus panas kot tidur
atas katil.
Ala,
actually aku tak ingat lah apa jadi masa orientasi tu sebab semua pun
macam orientasi yang lain -lain la. Ha, btw, OC untuk siswi nama
mereka ialah ... kay, tak ingat . Haha. Yang aku tau lah, OC Jeera
yang sangat ayu cantik pretty preetty WOW lagi comel dan lemah
lembut. OC Tia, OC Fida, OC Fariza, OC ape lagi ek. Tak ingat la. OC
lelaki lagi lah aku tak tau. Haha. Memang ada dorang kenalkan diri
tapi aku masuk telinga kanan kua telinga kiri. BTW, siswi dengan
siswa ada masalah kefahaman sikit dengan OC. Sbb ade yang menganjing.
Hahaa. Sebab tak puas hati kat OC. But normal lah semua tu. Mulut
siswi and siswa tak ley shut down kekeke.. but basically, just pegang
pada words what you give is what you get. So, tulah yang kitorang
kena. Hahaha. Masa nak akhir-akhir orientasi ni, siswi dengan OC de
buat deal. Kalau siswi lambat berkumpul or lengah-lengahkan masa,
kitorang kena buat star jump. Example, kitorang lambat 15 minit. So
kitorang kene buat 15 kali starjump. Lepas tu, baru- baru ni,
kitorang menganjing OC. Semua pun sama je menganjing bukan sorang
dua. Kitorang kena denda jalan itik. Bagi aku , aku tak rasa itu
punishment. But aku rasa tu mcm benda baru so aku rasa kelakar.
Haahaha. Aku siap gelak gelak dah. Dorang yang lain mcm “ penat
nye.” “ apa ni”. Yang aku gelak. Aku rasa macam best. Hahaha.
Siap kena buat bunyi. Haha. Mcm dalam Running Man pun ade gak.
Hahaha. Tapi lutut sakit la jugak. Tp yg penting aku have fun la
jugal. Oh btw! All the way long kitorang orientasi, we've learned a
lot of stuff. Mcm break clap. Basically kt plkn un ade bende ni. Kt
poli un ade. Cuma aku tak ingt je. Pastu de buat byk la game. Serius
best giler kot. Aku tak rasa nak balik rumah pun cuma homesick je la.
Kalau kat poli, aku first day mmg nak balik. Haha. Yang ni , aku rasa
mcm tak sabar nk tunggu esok punye aktiviti. Siapa nak belajar break
clap, boleh la roger roger aku. Aku pro. Hahahahahahahaahahah..
cabana betul aku ni.
Btw,
sepanjang 7 hari ni, aku dah berkawan dengan 5 orang gadis. Sorang ni
dari selangor jugak. Dari kota damansara. Nama dia wahida. Dia ketua
aras kitorang. Dia ni gila sikit. Dia ni mcm Adilla sikit. Dah
berpunya kay. Jgn kacau. Hahaha. Walaupun nama dia wahida wassini.
(Wahida je sebenarnye nama dia. Wasini tu aku tambah sendiri) ,
kitorang panggil dia Din.. nama lelaki? Bukannnnnnnn.. itu shortform
dari ikan sardin marina. Ikan sardin marina tu sebenarnya, wahida
sendiri yang bagi kat diri sendiri. Bukan kitorang bagi kay. Hahaha..
dah melekat dah dengan nama Din. Sampai aku lupa nama betul dia.
Hahaha. Lagi sorang ni , nama dia Asmahusna mende entah. Tapi nama
dia Asmaa. Dia gedik gedik suruh orang panggil dia S. hahahaha.
Sakai. Melekat jugak dengan nama tu. Kitorang mmg panggil dia S je.
Kadang-kadang aku un main-main, “panggil aku I”. hahaha. Kay tak
kelakar. S ni poyo sikit. Nasib baik muka cantik. Kelakar. Kurus
orang nye. Lepastu, sorang lagi nama dia, Nani. Naninajwa ialah nama
panjangnya. Dia dipanggil as Ah Boy. Hahaah.. hanya part 1 ngn pra
diploma je yang tau mende Ah Boy tu. Melekat un melekat la jugak dia
dengan nama tu. Lepas tu, ada lagi sorang minah ni. Comel je suara
dia. Nama dia Amira Nabila. Mula – mula panggil dia Mira tapi sebab
ada ramai gila kot budak nama Mira la Ira , dalam course banking, so
kitorang confused. Dia nak nama Bella. Melekat pun melekat la jugak.
Semalam dalam kelas Kemahiran Insaniah masa nak kenalkan diri kt
orang, si Mira ni “ boleh panggil Bella”. Aku dengan Nani dah
gelak gelak dah. Hahaha. Lepas tu, siapa lagi ek.. oh! Ummi! Dia ni
byk cakap. Kabut sikit. Hahaha. Muka macam cina sikit ... dia ni tade
gelaran.. kesian. Sama macam aku la.. tade gelaran.. mungkin dia ada
gelaran cuma aku je yang tak tau apa dia gelaran dia tu. Hehehe.
Semalam Nani bawa kitorang g Bandar Jengka. Jumpa kedai Eco RM2.
Semua barang harga dia RM2. Aku beli byk kot. Hehehehe.. pastu g
makan kat KFC ramai2... kabut la jugak shopping 6 orang. Serabut.
Yang sorang tu sibuk berdating dengan crush dia tu... hahahahah..
tapi aku, bella dengan nani balik dulu .. kul 9 mcm tu. Aku tak ingt
la kul berapa. Yang Din, S, dengan Ummi balik lambat sikit. Tak tau
la kul berapa. Oh ye.. last day of orientasi hari Jumaat, best giler
kot. OC bergaduh. Serius. Siap bertumbuk. Antara OC tu ada yang tak
puas hati dengan OC lain. Laki dengan perempuan pun ada yang gaduh
bertumbuk. Ramai yang nangis. Mestilah kitorang raasa bersalah.
Dorang gaduh sebab kitorang. Ada sorang OC ni, dia ni macam Sir
Khaidir. Aku tak tau la apa nama OC laki tu. Tapi orang panggil dia
Hitler. Tak tau kenapa, tapi renung-renungkan lah. Hehehe.. masa
dorang gaduh tu,, serius, gempak giler. Terkejut kot. Ni first time
jadi... last skali, semua OC kua. Tak semua la , OC yang begaduh tu
je kua.. ketua OC tu dah mcm tak tau nak buat apa. Dah la dia kecik.
Muka dah la mcm along maharaja lawak. Muka dah la comel. Kesian
tengok dia stuck bila tengok OC bawah dia gaduh. Lepas tu, masa semua
OC kua dari dewan, tinggal dia sorang, dia panggil semua OC tu masuk
balik. Kesian gila kat dia. Dia cakap mende tu tak kelakar langsung.
Boleh nampak lah, muka kekecewaan dia tu.. pastu tetibe OC Azli
(main hentam je nama.. ) masuk then, semua OC pun masuk, then semua
gelak.. it's a prank. Jengjengjeng. Aku dah tahu dah. Kat poli dulu
pun sama je. Siap guna dadah kot. Pegawai nakotin mende nth pun ade
masuk cmpur masa nak buat prank kt poli dulu. Tp yg prank uitm ni
lagi best laaa. Mestilah best. Gempak gile.. real sungguh. Aku tabik
kt OC Fariza. Aku suka kat sorang OC ni.. tak tau nama dia. Tapi masa
final orientasi , dia paakai baju warna ungu. Dia nampak sungguh man.
Hehehe. Suka gedik-gedik je... ok. Itu je lah.. btw, semalam outing
dengan dorang semua best giler kot. :) thanks. Byebye!
Assalamualaikum!
basically, aku rasa uitm jengka. especially kalau korang dapat carik kwn sekepala. time orientasi ni la korang nk adjust semua mende. nanti lepas dah start kelas senang la semua kerja. pada those yang dapat offer study kt uitm, baik masuk. abaikan apa semua kejadah punya topik , korang kene pegi lalui sendiri. aku rasa best giler kot kt sini .... probably sebab dapat geng yang kabut. mungkin nnt dlm kelas kitorang je yang bising.. heheh. tapi, aku akan belajar bersungguh-sungguh.. :) rindu ibu, angah, along, adik dan rumah :)
No comments:
Post a Comment