Assalamualaikum..
haduiyai.
Memang penat betul harini. Dah macam Journey To The West tau..
kekeke..
ceritanya
harini... semua student part 1 tengah struggle nak daftar course.
Basically, semua student better pakai email guna gmail. Bukan nak ckp
tak boleh pakai email guna yahoo.com.. boleh pakai cuma susah la
sikit. Kalau nak urusan korang tu smooth and steady, better pakai
gmail..
Pagi
ni pukul 10 pagi ada kelas bahasa Arab. Macam biasa lah, hari ini
first day kitorang attend kelas bahasa arab, so lecturer tu nak
kitorang introduce la sikit pasal diri sendiri. Semua dah pernah
belajar bahasa arab sebelum ini. Tapi aku sorang je tak. Hahaha.. aku
cakap la, “ assalamualaikum, nama saya nur aida binti hamzah. Saya
dari petaling jaya, selangor. Saya anak ketiga daripada tiga orang
adik beradik. Saya tak pernah belajar bahasa arab”. Pastu lecturer
tu terkejut gila. Dia kata teruk nya. Hahaha.. pastu dia cakap, “
masa dulu tak amek KAFA ke .”. aku cakap la, “ tak. “. dia
tanya, “ habis tu lepas habis sekolah kamu buat apa?”. Aku pun
cakap la, “ tengok tv”. Pastu dia cakap , “ patut la mata tu
mcm tu”. Kay kay kay. Tak lawak. Haha.. masa dia cakap macam tu,
satu kelas gelak kot.. aku rasa eye bag aku ni dah jadi bahan gurauan
ramai orang. Kahkahkah. Semalam kene bahan , harini kene bahan.
Haish. Mcmne lah nak hilangkan eyebag ni.. aduih.. harini pun aku
sakit tekak. Dah mula dah batuk-batuk ni. Aku ni bahaya sikit kalau
dah mula nak batuk batuk ni.. silap silap boleh demam. Macam haritu..
lepas
kelas arab, kitorang semua rushing gi blok I. Kelas account . Dan
macam biasalah, kitorang berenam ialah orang orang yang paling last
masuk..
pastu
si Bella ni sibuk nak uk uk. Haish. Hahaha..
time
tu aku dah rasa macam nak demam dah..
lepas
tu, aku, bella dengan nani terus rushing pergi library bukhairi 1.
nak buat daftar kursus tu. Pastu ulang alik dari HEA ke library sebab
nak betulkan email. Aku ulang alik banyak kali kot sebab email aku ni
prob. Lepas tu aku pergi bayar elektrik sekali.. penat giler bapak
kau. (sama macam tajuk post ni)
masa
tu, aku dengar elektrik dah dapat pakai dah. Kawan aku punya bilik.
Tapi dia tak bayar lagi pun.. best nye la dia tu.. heehehe
oh
ya, masa aku nak ulang alik pergi HEA tu , aku pergi sesorang je...
susah
kalau berkawan ni. Byk omel.. baik aku pergi sendiri.. tade kabut ..
susah
sendiri lebih senang dari bawak orang ikut susah sekali. Ahaahha.
Mende aku merepek ni.
Ha,
masa aku otw nk g HEA dengan nani n bella (ni yang masa first time nk
pergi library. Time ni tak de nk ulang alik lagi), ade student part 2
ni ajak masuk silat. Gua cakap sama lu, YDP silat sangat handsome.
Dia part 6 . tapi harini dia last kat jengka ni. Lepas ni dia buat
praktikal. Best giler kot kalau dia ada masa nak ajar kitorang nanti.
Pastu orang yang briefing kat kitorang pasal silat ni, rupanya budak
part 2, umur 18 tahun. Sebaya je dengan kitorang. Aku ingatkan
abang-abang.. aku dah mcm “ la, panggil je la aku kau” dengan
dia..
tapi
aku nak minta maaf la.
Sebab
masa aku tengah serabut pasal nak daftar kursus ni, ulang alik ulang
alik, aku mcm moody sikit. Lepas tu, aku tak senyum un. Muka cengih.
Muka masam..
maaf
la ye.
Walaupun
korang tak tau en, tapi aku rasa macam bersalah pulak.
Maaf
la ye.
Sekian
untuk harini.
Pada
student uitm part 1 yang membaca (ade ke? Rasanya tade, tapi
takpelah. Hahaha) , jangan lupa datang lah ke manifesto undian calon
mpp. Nak kupon ke tak nak? Kalau nak dtg la. hahaha
No comments:
Post a Comment