November 26, 2013

#27JULAI2013 #PenatGilerBapakKau

Assalamualaikum..

haduiyai. Memang penat betul harini. Dah macam Journey To The West tau.. kekeke..
ceritanya harini... semua student part 1 tengah struggle nak daftar course. Basically, semua student better pakai email guna gmail. Bukan nak ckp tak boleh pakai email guna yahoo.com.. boleh pakai cuma susah la sikit. Kalau nak urusan korang tu smooth and steady, better pakai gmail..
Pagi ni pukul 10 pagi ada kelas bahasa Arab. Macam biasa lah, hari ini first day kitorang attend kelas bahasa arab, so lecturer tu nak kitorang introduce la sikit pasal diri sendiri. Semua dah pernah belajar bahasa arab sebelum ini. Tapi aku sorang je tak. Hahaha.. aku cakap la, “ assalamualaikum, nama saya nur aida binti hamzah. Saya dari petaling jaya, selangor. Saya anak ketiga daripada tiga orang adik beradik. Saya tak pernah belajar bahasa arab”. Pastu lecturer tu terkejut gila. Dia kata teruk nya. Hahaha.. pastu dia cakap, “ masa dulu tak amek KAFA ke .”. aku cakap la, “ tak. “. dia tanya, “ habis tu lepas habis sekolah kamu buat apa?”. Aku pun cakap la, “ tengok tv”. Pastu dia cakap , “ patut la mata tu mcm tu”. Kay kay kay. Tak lawak. Haha.. masa dia cakap macam tu, satu kelas gelak kot.. aku rasa eye bag aku ni dah jadi bahan gurauan ramai orang. Kahkahkah. Semalam kene bahan , harini kene bahan. Haish. Mcmne lah nak hilangkan eyebag ni.. aduih.. harini pun aku sakit tekak. Dah mula dah batuk-batuk ni. Aku ni bahaya sikit kalau dah mula nak batuk batuk ni.. silap silap boleh demam. Macam haritu..
lepas kelas arab, kitorang semua rushing gi blok I. Kelas account . Dan macam biasalah, kitorang berenam ialah orang orang yang paling last masuk..
pastu si Bella ni sibuk nak uk uk. Haish. Hahaha..
time tu aku dah rasa macam nak demam dah..
lepas tu, aku, bella dengan nani terus rushing pergi library bukhairi 1. nak buat daftar kursus tu. Pastu ulang alik dari HEA ke library sebab nak betulkan email. Aku ulang alik banyak kali kot sebab email aku ni prob. Lepas tu aku pergi bayar elektrik sekali.. penat giler bapak kau. (sama macam tajuk post ni)
masa tu, aku dengar elektrik dah dapat pakai dah. Kawan aku punya bilik. Tapi dia tak bayar lagi pun.. best nye la dia tu.. heehehe
oh ya, masa aku nak ulang alik pergi HEA tu , aku pergi sesorang je...
susah kalau berkawan ni. Byk omel.. baik aku pergi sendiri.. tade kabut ..
susah sendiri lebih senang dari bawak orang ikut susah sekali. Ahaahha. Mende aku merepek ni.
Ha, masa aku otw nk g HEA dengan nani n bella (ni yang masa first time nk pergi library. Time ni tak de nk ulang alik lagi), ade student part 2 ni ajak masuk silat. Gua cakap sama lu, YDP silat sangat handsome. Dia part 6 . tapi harini dia last kat jengka ni. Lepas ni dia buat praktikal. Best giler kot kalau dia ada masa nak ajar kitorang nanti. Pastu orang yang briefing kat kitorang pasal silat ni, rupanya budak part 2, umur 18 tahun. Sebaya je dengan kitorang. Aku ingatkan abang-abang.. aku dah mcm “ la, panggil je la aku kau” dengan dia..
tapi aku nak minta maaf la.
Sebab masa aku tengah serabut pasal nak daftar kursus ni, ulang alik ulang alik, aku mcm moody sikit. Lepas tu, aku tak senyum un. Muka cengih. Muka masam..
maaf la ye.
Walaupun korang tak tau en, tapi aku rasa macam bersalah pulak.
Maaf la ye.
Sekian untuk harini.

Pada student uitm part 1 yang membaca (ade ke? Rasanya tade, tapi takpelah. Hahaha) , jangan lupa datang lah ke manifesto undian calon mpp. Nak kupon ke tak nak? Kalau nak dtg la. hahaha

No comments: