November 26, 2013

25 julai 2013

Assalamualaikum~~~~~

Harini first day aku pergi class as mahasiswi . Seriously mcm excited la jugak. but not too excited because before this kan aku dah pernah juga jadi pelajar IPTA ni hah, yang kat Poli Sabak Bernam tu.. haa poli sebelah laut tu.. yang hujung dunia tuu.. Tapi yang ni lain sikit kot sebab kali ni, macam smooth je perjalanan dia. Pukul 6 pagi aku bangun padahal pukul 10 pagi kelas aku start .. aku bangun sebenarnya sebab aku nak bagi laluan kat roomates aku lalu lalang , almaklumlah, aku tidur atas lantai... kang kalau aku tak bangun, sedar dari tidur ,tengok - tengok aku dah kat bawah meja tulis dah. hahahaha. kay tak lawak pun.
Lepas aku bangun tu, aku sambung tidur kat atas katil. for the first time aku tidur kat atas katil milik aku tuu.. my katil is my territory okay. hahaha.. tidur punya tidur, aku mcm dengar ada mesej masuk tapi aku buat tak tahu je sbb .. malas nak turun balik.. aku bangun tidur kul berapa entah ... nak dekat kul 7.45 kot. rasanyalah.. badan sakit- sakit je... aku rasa macam aku dah lambat nak g kelas.. tapi rupanya awal lagi.. hehehehe

Lepas tu, si Sardin a.k.a Wahida dtg bilik aku.. katanya nak lepak. tak tau la apa yang dia pk sampai lepak kt bilik aku. aku dah la someone yang membosankan and aku rasa i'm someone who has nothing to say about something.. mcm, bagi aku,, there's no topic that i can make as an intro for a conversation..
mcm challenging je bila si Sardin ni datang.. buat aku berfikir nak borak apa dengan dia.
then aku halau dia .. hahaha. takdelah. aku suruh dia pergi panggil Bella dengan Ummi lepak dekat bilik aku.. aku tau lepas dia pergi dia takkan balik lagi dah bilik aku tu walaupun dia cakap nanti dia datang balik. kekekekeke..

kul 9.30 katanya tunggu kat bawah.. tapi biasalah , janji melayu.. kul berapa entah baru semua berkumpul. si Nani ni ha, lambat bangun.. kul 9 berapa entah dia baru nak bangun. time tu, si S dah turun bawah dah nak jemput dia. apa daaaaaaaa. tapi takpe. kitorang tak lambat pun... lecturer pun lambat.. biasalah kan..
aku dah tau dah. dulu pun mcm tu..
then, aku paling tak suka sesi memperkenalkan diri. mcm apa je. hahaha
first class kitorang kelas math.. sempoi gile. dia just gitau rangka topik yg kitorang akan study then lepas tu, tulis nama then dia suruh balik.. nama lecturer tu Norhuda.. mcm sempoi la jugak aku tengok dia. tapi tak tau la lepas ni sempoi lagi ke tak.. then kitorang lepak kat Uwais kejap sampai la pukul 2.. 
set dengan si Amer tunggu depan Uwai kul 2 dengan geng2 dia. senang sikit nak pergi sesama. lambat sesama , cepat sesama en. tapi mcm hampeh..kekekeke.. kitorang baru nak melangkah kat fast track tu,, yang si Amer dengan geng-geng dia tu dah naik tangga dah nak sampai pun kat kelas..


class kitorang masa tu, kelas ELC.. English Language Course... speaking habis. lecturer dia sangat ayu malah kelakar. probably because she is a student too. she's a master student if i'm not mistaken la.. dia amek course tesl. when she mentioned about tesl, aku terus related kan otak aku dengan dann. hahaha. sebab dann kan amek tesl jugak. masa tu aku terpk, " agaknya dann lepas ni jadi mcm ni jugak la kan?". hahaha..
dia suruh perkenalkan diri kawan. bukan diri kita. aku paired dengan si Nani ... nani ni buat lawak.. hahaha
cara dia speaking tu.. hahaha.. pastu nani cakap aku insomnia. lecturer tu mcm curious ... dia tanya mcm ne aku ley dpt insomnia.. aku ckp la "it's just happened" mcm poyo kan jawapan aku. kekekeke. lepas tu dia tanya berapa lama aku boleh tak tidur .. aku ckp la . pernah seminggu tak tidur... tapi petang tidur la.. satu kelas terkejut. pastu lecturer aku ckp dengan selambat, " yes, i can see it from your eyes". nak ckp eyebag aku le tuu.
hahaha

balik kelas tu terus g kokurikulum. aku amek Kesatria Negara. aku nak amek Brass Band tapi member semua amek kesatria negara. last sekali aku sorang masuk group lain.. dorang semua dpt group Alpha. aku Charlie. sedih. tapi terima je la . malas nak omel panjang2 ni..

ni sekarang tengah penat, sakit badan, pening pale ape semua..
nak balik ..rindu rumah..





No comments: