November 24, 2013

#MDS #UITMJENGKA

16 NOVEMBER 2013 // SABTU

Pukul 5 bangun pagi. Siap-siap apa semua, lepas tu buat apa yang patut. Aku rasa pagi tu dah masuk kali ketiga aku check balik barang-barang yang aku nak bawa sebab Angah aku kata aku bawa barang macam nak pindah rumah , macam aku dah tak balik rumah dah. Takdelah , aku fikir sebab aku jauh nanti. Susah nak balik. Some people mcm “eleh tak jauh pun Pahang dengan rumah kau laa”. Memang la tapi bila fikirkan susah nak balik disebabkan masalah transport, haha, faham faham je la. Aku rasa macam semua pun kena bawa. Tapi ade lah aku bawa keluar sikit baju dengan seluar. Bukan apa, kang orang cakap aku ni over lak. Padahal aku boleh je beli kt bandar kalau aku tak cukup mana-mana barang kan?
Ecehcecehcehchecehcheheehc. So, kul 7 pagi dah keluar rumah. Btw, family aku semua pergi kecuali Along sebab Along kena kerja. Haih. Kerja Along aku tu sampai bila pun habis . Hahaha..
Anyway, kitorang buat byk kali kot pit stop sebab sesat. Bukan sesat la.. mmm,, cuma tak tau jalan. Pit stop kitorang tak lain tak bukan mestilah pam minyak punya stesen. Kekeke.. Btw, mungkin aku tak biasa , telinga aku rasa macam pekak mse dlm perjalanan. Mak aku ckp sebab kitorang kat bahagian tinggi. (dulu naik cabel car un mcm ni jugak lah rasanya). Pukul 10 setengah mcm tu, aku sampai. Jeng jeng jeng. Masuk-masuk je, Polis terpacak kt depan pintu masuk UiTM. Rupanya UiTM tade security guard. Dorang just ade polis bantuan je.
Then, masuk-masuk je, student lelaki dengan student perempuan memang terpisah. Siswa akan ke kanan while siswi akan ambil left side punya route. First impression aku was like, “ apak besar gila kau!” nak kata besar, aku rasa uitm lain lagi besar . Cuma aku fikir aku ni hah yang nak jalan kaki, bagi aku, bagi pejalan kaki macam aku, uitm ni besar. Hahaha. Then, ade padang memanah. Mcm awesome la. First time kot aku tngok. Mula-mula aku jakun la jugak, lepas 5 minit aku dah teruja dengan benda lain.. that is , our dorm!! Aku orang pertama yang sampai dalam bilik aku. And, aku dapat katil atas. T_T sobsob.. plus, dapat tingkat paling atas. Tangga dia ada taik burung. Nasib baik dah kering. Kalau tak... aku pun tak tau la mcmne .. hehe.
Lepas tu, berkenalan la dengan roomates. First roomate yang aku nampak is Dahlia , which I called her as Lily. Her name was soo beautiful like flower. She's pretty pure and descent. Can't denied that my first impression to her was “ total naïve – good girl”. Then,second roomate was Wani. Nama penuh dia Hazwani. She's 19. or 20. I'm not sure . If i'm not mistaken, 20 la kot. Dia habis matrik dah. So, actually, dia amek degree but nak tunggu result degree lambat so dia ambil diploma je terus. Dia cakap, kalau dia dapat, dia nak pergi. Rugi kot kalau tak pergi. Anyway, Third roomate is Atilia. Nama diaaaaaaaa. Pergh.. mcm nama penyanyi kekanda adinda tu. Hahaha.. tapi panggil dia Ati je. Dia ni matang sikit. Walaupun aku paling tua antara Lily dengan Wani, tapi aku rasa, aku paling nampak macam adik. Dorang pulak yang protect aku. Probably cause I'm scaredy. Kekekeke.. then, dah nak balik tu, aku babai ibu dengan angah apa semua, tinggallah aku sorang. Nasib baik Lily temankan aku. Hehehe.. then, kitorang berkepit je la dua orang. Yang si Wani dengan Ati bekepit dua orang. Buat haluan masing-masing la kiranya kitorang ni. Kekekek.. then, pukul 4, start la orientasi. YA ALLAH....
dia punya fasilitator,, gua cakap sama lu mcm askar. Nama dia Fariza kot tak silap aku. Tak sempat tangkap gambar dia. Suara dia kuat gila bapak mak nenek atuk kau! Haha.. siapa entah cakap dekat aku , dia tu commander. Pergh.. haha. First day struggle. Aku ckp ngn korang, aku rasa macam nak jerit je “ apa semua ini!!!!!!!!!!”. Hahahaah. Tapi aku ok je. Bagi aku masa tu, orientasi dekat Poli lagi teruk. Hahaha. Kat sini kira ok lagi. Btw, kat Uitm , dorang tak panggil fasilitator as fasi. Dorang dipanggil as OC (Organization Community tak silap aku maksudnye. Lantak lah. Tak penting pun doe). Lupa la apa jadi, but first day, biasalah kan.. ade yang ngomel itu ini tapi aku dah biasa dah. Sebelum ni dah de pengalaman. Kekekeke. Btw, kitorang tak buat aktivit kat dewan macam orientasi ipta lain. Kitorang buat kat masjid. Oh! Btw, aku dapat kolej kediaman Tun Fatimah. Ada satu lagi kolej kediaman tapi tu untuk student science tak silap aku. Nama kolej tu Tun Teja. Kalau lelaki ada dua. Kolej kediaman Dato Bahaman dengan Mat Kilau. Yang Mat Kilau tu untuk degree student tapi campur la laki perempuan. Kolej kediaman dorang mcm kondominium. Mmg sangat cantik.


17 NOVEMBER 2013 // AHAD

Bangun kul 3 pagi mcm biasa. Memang la kena berkumpul pukul 5 tapi agak-agaklah. Ramai kot student . Toilet sikit. So, better awal sikit. Air dia soo cold like iceberg. Hahaha. Menggigil kot mandi. Sebab aku kt pedalaman kan. So normal la tuu. Haha. Anyway. Kitorang (semua student) basically lambat tau. Pastu kitorang kena tegur la dengan OC. Mungkin ada yang terasa ke hati. Tapi aku cakap dengan korang, biasa la tu . Normal. Kat mana-mana sama je. Ada yang tak puas hati sebab dorang datang awal tp dengan dorang2 pun kena marah. Tapi aku nak ckp, normal la tu. Tak yah nak ngomel sgt la kan. Kt US nye navy lagi teruk. Dorang ok je. Hari kedua ni aku tak ingat la buat apa. Yang aku sure, kitorang just buat aktiviti dekat masjid yang dipanggil Uwais AL- Qarni. Nak berjalan ke sana , perghhh.. beratus ratus langkah. Sampai je masjid dah berpeluh mcm baru lepas habis jogging. Haha.. dah la kena rushing nak solat apa semua. Tapi ni pesan aku la kan, tak baik rushing nak solat. Nabi tak suka. Buat cool je tapi jangan lah terhegeh hegeh sgt. OC dy mmg garang. Tapi Fasi aku kt Poli lagi garang. Hahaha..
hari kedua ni balik bilik kul 10 ke 11 . time tu, sibuk la semua nak basuh baju la , mandi la.. haha.. aku tidur atas lantai. Tak tidur atas katil un.sebab katil kan aku atas. Katil double decker . Tapi takde penghadang. Agak gayat la bagi aku sbb aku tak pernah tidur atas double decker. So tidur bawah je la. Kekeke.. plus panas kot tidur atas katil. 

Ala, actually aku tak ingat lah apa jadi masa orientasi tu sebab semua pun macam orientasi yang lain -lain la. Ha, btw, OC untuk siswi nama mereka ialah ... kay, tak ingat . Haha. Yang aku tau lah, OC Jeera yang sangat ayu cantik pretty preetty WOW lagi comel dan lemah lembut. OC Tia, OC Fida, OC Fariza, OC ape lagi ek. Tak ingat la. OC lelaki lagi lah aku tak tau. Haha. Memang ada dorang kenalkan diri tapi aku masuk telinga kanan kua telinga kiri. BTW, siswi dengan siswa ada masalah kefahaman sikit dengan OC. Sbb ade yang menganjing. Hahaa. Sebab tak puas hati kat OC. But normal lah semua tu. Mulut siswi and siswa tak ley shut down kekeke.. but basically, just pegang pada words what you give is what you get. So, tulah yang kitorang kena. Hahaha. Masa nak akhir-akhir orientasi ni, siswi dengan OC de buat deal. Kalau siswi lambat berkumpul or lengah-lengahkan masa, kitorang kena buat star jump. Example, kitorang lambat 15 minit. So kitorang kene buat 15 kali starjump. Lepas tu, baru- baru ni, kitorang menganjing OC. Semua pun sama je menganjing bukan sorang dua. Kitorang kena denda jalan itik. Bagi aku , aku tak rasa itu punishment. But aku rasa tu mcm benda baru so aku rasa kelakar. Haahaha. Aku siap gelak gelak dah. Dorang yang lain mcm “ penat nye.” “ apa ni”. Yang aku gelak. Aku rasa macam best. Hahaha. Siap kena buat bunyi. Haha. Mcm dalam Running Man pun ade gak. Hahaha. Tapi lutut sakit la jugak. Tp yg penting aku have fun la jugal. Oh btw! All the way long kitorang orientasi, we've learned a lot of stuff. Mcm break clap. Basically kt plkn un ade bende ni. Kt poli un ade. Cuma aku tak ingt je. Pastu de buat byk la game. Serius best giler kot. Aku tak rasa nak balik rumah pun cuma homesick je la. Kalau kat poli, aku first day mmg nak balik. Haha. Yang ni , aku rasa mcm tak sabar nk tunggu esok punye aktiviti. Siapa nak belajar break clap, boleh la roger roger aku. Aku pro. Hahahahahahahaahahah.. cabana betul aku ni.
Btw, sepanjang 7 hari ni, aku dah berkawan dengan 5 orang gadis. Sorang ni dari selangor jugak. Dari kota damansara. Nama dia wahida. Dia ketua aras kitorang. Dia ni gila sikit. Dia ni mcm Adilla sikit. Dah berpunya kay. Jgn kacau. Hahaha. Walaupun nama dia wahida wassini. (Wahida je sebenarnye nama dia. Wasini tu aku tambah sendiri) , kitorang panggil dia Din.. nama lelaki? Bukannnnnnnn.. itu shortform dari ikan sardin marina. Ikan sardin marina tu sebenarnya, wahida sendiri yang bagi kat diri sendiri. Bukan kitorang bagi kay. Hahaha.. dah melekat dah dengan nama Din. Sampai aku lupa nama betul dia. Hahaha. Lagi sorang ni , nama dia Asmahusna mende entah. Tapi nama dia Asmaa. Dia gedik gedik suruh orang panggil dia S. hahahaha. Sakai. Melekat jugak dengan nama tu. Kitorang mmg panggil dia S je. Kadang-kadang aku un main-main, “panggil aku I”. hahaha. Kay tak kelakar. S ni poyo sikit. Nasib baik muka cantik. Kelakar. Kurus orang nye. Lepastu, sorang lagi nama dia, Nani. Naninajwa ialah nama panjangnya. Dia dipanggil as Ah Boy. Hahaah.. hanya part 1 ngn pra diploma je yang tau mende Ah Boy tu. Melekat un melekat la jugak dia dengan nama tu. Lepas tu, ada lagi sorang minah ni. Comel je suara dia. Nama dia Amira Nabila. Mula – mula panggil dia Mira tapi sebab ada ramai gila kot budak nama Mira la Ira , dalam course banking, so kitorang confused. Dia nak nama Bella. Melekat pun melekat la jugak. Semalam dalam kelas Kemahiran Insaniah masa nak kenalkan diri kt orang, si Mira ni “ boleh panggil Bella”. Aku dengan Nani dah gelak gelak dah. Hahaha. Lepas tu, siapa lagi ek.. oh! Ummi! Dia ni byk cakap. Kabut sikit. Hahaha. Muka macam cina sikit ... dia ni tade gelaran.. kesian. Sama macam aku la.. tade gelaran.. mungkin dia ada gelaran cuma aku je yang tak tau apa dia gelaran dia tu. Hehehe. Semalam Nani bawa kitorang g Bandar Jengka. Jumpa kedai Eco RM2. Semua barang harga dia RM2. Aku beli byk kot. Hehehehe.. pastu g makan kat KFC ramai2... kabut la jugak shopping 6 orang. Serabut. Yang sorang tu sibuk berdating dengan crush dia tu... hahahahah.. tapi aku, bella dengan nani balik dulu .. kul 9 mcm tu. Aku tak ingt la kul berapa. Yang Din, S, dengan Ummi balik lambat sikit. Tak tau la kul berapa. Oh ye.. last day of orientasi hari Jumaat, best giler kot. OC bergaduh. Serius. Siap bertumbuk. Antara OC tu ada yang tak puas hati dengan OC lain. Laki dengan perempuan pun ada yang gaduh bertumbuk. Ramai yang nangis. Mestilah kitorang raasa bersalah. Dorang gaduh sebab kitorang. Ada sorang OC ni, dia ni macam Sir Khaidir. Aku tak tau la apa nama OC laki tu. Tapi orang panggil dia Hitler. Tak tau kenapa, tapi renung-renungkan lah. Hehehe.. masa dorang gaduh tu,, serius, gempak giler. Terkejut kot. Ni first time jadi... last skali, semua OC kua. Tak semua la , OC yang begaduh tu je kua.. ketua OC tu dah mcm tak tau nak buat apa. Dah la dia kecik. Muka dah la mcm along maharaja lawak. Muka dah la comel. Kesian tengok dia stuck bila tengok OC bawah dia gaduh. Lepas tu, masa semua OC kua dari dewan, tinggal dia sorang, dia panggil semua OC tu masuk balik. Kesian gila kat dia. Dia cakap mende tu tak kelakar langsung. Boleh nampak lah, muka kekecewaan dia tu.. pastu tetibe OC Azli (main hentam je nama.. ) masuk then, semua OC pun masuk, then semua gelak.. it's a prank. Jengjengjeng. Aku dah tahu dah. Kat poli dulu pun sama je. Siap guna dadah kot. Pegawai nakotin mende nth pun ade masuk cmpur masa nak buat prank kt poli dulu. Tp yg prank uitm ni lagi best laaa. Mestilah best. Gempak gile.. real sungguh. Aku tabik kt OC Fariza. Aku suka kat sorang OC ni.. tak tau nama dia. Tapi masa final orientasi , dia paakai baju warna ungu. Dia nampak sungguh man. Hehehe. Suka gedik-gedik je... ok. Itu je lah.. btw, semalam outing dengan dorang semua best giler kot. :) thanks. Byebye! Assalamualaikum!

basically, aku rasa uitm jengka. especially kalau korang dapat carik kwn sekepala. time orientasi ni la korang nk adjust semua mende. nanti lepas dah start kelas senang la semua kerja. pada those yang dapat offer study kt uitm, baik masuk. abaikan apa semua kejadah punya topik , korang kene pegi lalui sendiri. aku rasa best giler kot kt sini .... probably sebab dapat geng yang kabut. mungkin nnt dlm kelas kitorang je yang bising.. heheh. tapi, aku akan belajar bersungguh-sungguh.. :) rindu ibu, angah, along, adik dan rumah :)

No comments: