June 06, 2013

cerita diaaa...

ASSALAMUALAIKUM!!!

Hari ni 6 jun. hari khamis. Aku cuti  Kay, sangat lah frustrated. Sebab tak jadi pergi ts. Ingatkan nak pergi dengan dann.. tapi dann nak kua dengan mak dia. Malas nak push dia. Kang dah macam terpaksa kua pulak dengan aku ni.. Kekeke.. Sebenarnya dia dah lama plan nak kua dengan aku. Selalunya bila plan awal, mesti tak jadi. Aduh, pedih sungguh hati ini. Hahaha. *ayat pasrah pulak aku ni. Tapi , salah aku jugak sebab cancel last minute. Actually masa tengah texting-texting dengan Dann, and dy sentuh topic nik, time tu mmg tak on time sbb something happened and masa tu pun mood aku tunggang terbalik. So, bila dia mention pasal nak kua, aku pun mcmerrr.. paham- paham. La .hahaha see, Nampak tak salah aku sebenar.nya. .. Semalam mak aku bagi lesen pergi Times Square beli kasut and apa-apa yang patut kt sana. Tapi, mmm.. sudah terlambat untuk aku ajak Dann. Sedih tauu.. hehehhehe.. Tak tau nak ajak siapa dah. Senang-senang aku pergi sendiri je. Kenapa lah, time tade hal, ada je orang nak ajak kua. Time betul-betul ada hal, tade pulak orang yang sudi nak meneman. Kay lepas ni aku tak nak dah ajak orang kua. Terguris hati ini bila mereka kata xboleh teman. Kahkahkah. Tade la. Gurau je. Tapi serius, lepas ni aku mcm tawar hati dah ni nak kua-kua. Aku pergi sendiri pun boleh. Bak kata Q, hidup sendiri. Aku mmg sentiasa hidup sendiri pun. Ada ke orang nak kisah pasal aku pun kan. Pura pura kisah ada la. Aku dah 18 tahun dah pun. *tade la besar mana.. Ini semua poyo je. Hahaha.. Malam tadi, cekodok pun nak buat aku grrrrrr.. Dia dah berubah 100%. Tapela, lepas ni aku dah tade, kau pergi la kawan dengan kwn2 kau semua tu. Aku ni kau ley buang je jauh-jauh. *ayat pasrah lagi sekali. Hahahahahahah.. Mariam pulak, kesian dia.. aku tau dia sgt sibuk. Sampai mesej aku 2 hari lepas dia baru nak balas. Memang aku tak ingat la ape mende yg aku text dia 2 hari lepas. Dapat2 je mesej dia, haa, berjela-jela panjangnya tapi kening aku terangkat angkat masa baca. Serius tak paham apa yang dia cakap. Ni pun mesej mlm tadi baru dia reply. Nasib baik aku ingt lagi apa yang aku hantar. Nak tngok sent item pun aku dah delete semua. Hehehehe. Malam tadi mimpi Q.. Kay tak tau apa motif mimpi dia. Dalam mimpi tu, Q kerja balik Durban. Waduh waduh, kuat betul keinginan aku nak dia kerja balik sampai aku mimpi dia. Hahaha.. Orang yg gila-gila kt Jusco semua dah berhenti. Pertama Ah Yeh. Kedua Q. Kalau Ummi ada, mesti ag gila. Tapi dia pun sibuk dengan final exam.  Aku pun bakal melangkah ke alam pembelajaran sekali lagi. Sedihhhhh takut gembira semua ada. Lepas ni mesti susah nak jumpa Ana. Cerita dia, semalam aku tertinggal cincin yg kitorang beli sama-sama. Aku terlupa aku tanggalkan masa nak amek wudhuk. Balik rumah aku rasa kenapa la macam ada yang tak kena ni Rupa-rupanya tertinggal cincin kt surau. Wow,tahap kegerunan menebal bila bayang muka Ana kalau tau tertinggal cincin ni. Hahah.. Cerita dia, aku pergi kerja awal semata-mata nak amek cincin ni. Nasib baik surau tak kunci. Masuk kerja buat muka biasa. Tak mau Ana tahu. Tapi aku sendiri yang bagitau psl ni. Haha. Muka dia bila dapat tahu memang..TERBAIK. haahahah.. Tapi semalam serius penat. Buat stok dengan mark down. Cerita dia kalau part time mcm aku ni buat kerja, mmg hancus. Haahha.. kasihan Ah Peng ..tak tau la harini dia buat kerja macam mana. Dah la report dia tak siap lagi. Sure aku byk buat salah. Sampah un aku tak sempat buang. Banyak baju hilang. Haih.. haaha.. Nampak tak betapa chaos nya bila aku jaga sorang? Kekeekek Sebenarnya dalam 2 3 hari ni banyak benda jadi. Banyak benda nak share. (walaupun takde org nk amek tau) hahaha.. tp, itu sajalah.. haha. Btw, cekodok kalau kau baca ni (kaaaaaaaaaaaalau kau baca), kau mesti nyirap kan. Hahaha. Tade la. Aku gurau je. Padan muka kau. Kekeke.. tade la . kau tak berubah pun. Aku je yang berubah. Aku adalah kawan yang jahat. *buat muka kak limah balik rumah . hahaha.. jgn la buang aku. Aku hanyalah insan biasa. Aicececeh apa pun, kau adalah cekodok paling terbaik buatan Malaysia.. Live well cekodok! J Dann, sorry sangat2. Cayannggg kau Dann J . Mariam, aku tak tau nak ckp ape. Ahhaha J  Adie, rindu kau sangattt.. L Ana.. LOVE U J Mariyah, Thank you J   *part last ni mesti korg tak paham en. Haha.. tak ya paham.

No comments: