May 26, 2013

masalah manusia dalam dunia ni la kan.


Annyeong!

Assalamualaikum!

Apa kabar semua??? ahaha... adakah aku makin lega? Yup yup yup. Feeling better. Definitely. Lepas apa yang terjadi, yup. I've got back my friends ..no no no noo... my bestfriends. We're on text for hours and hours. Tadi un Mel sms :) Miss You Mel.. really miss you. Ada banyak benda aku nak tanya dan cerita dekat kau. But, of course, I'm going to meet you soon kay :)
Semalam something happened tau.
Kay, haritu, 21/5/2013 and 22/5/2013, permanent tempat aku kerja cuti. Dia cuti dua hari. Aku pun cuti dua hari tapi pada 23/5/2013 dan 24/5/2013 bersamaan hari Khamis dan Jumaat. Masa permanent aku cuti dua hari tu, Aku memang tersangattttttttttttttttt lah bosannya duduk kat kaunter sebab tade customer dan tade kerja nak buat. Aku pun ke hulu dan ke hilir. Nak berborak dengan Kak Ju, tak tau nak borak apa. Mula-mula je borak, lepas dah habis cakap pasal topik yg tengah kitorang borak tu, dua -dua senyap terus. So, bosan. Bayangkanlah, 22 jam tade benda nak buat selain daripada berdiri dan pura-pura senyum bila customer datang. Customer datang tak semestinya beli kan. Aku nak lipat balik baju pun aku dah malas dah sebab baju tu memang dah cantik dah lipatan dia. Aku nak lipat apa lagi. Ana pun cakap, “lipat lah 3 4 kali Aida”. Perli yang amat ye Ana.
So, bila Ana ajak pergi toilet aku memang pergi. Bila masuk waktu solat maghrib ,aku turun kejap. Dalam 20 minit macam tu aku pergi. Sebab nak turun lagi. Kadang-kadang surau tu ramai orang. Hanya orang yang pernah solat kat surau staff je tau kalau ramai macamne keadaan dia.
Kadang-kadang bila kau bosan, aku pergi dekat kaunter Mariyah, kaunter Hush Puppies. Lepastu melawat kaunter Kak Tipah dekat Larrie. (yeke? Lantak la) tapi kaunter Kak Tipah sebelah je kaunter aku. Kaunter aku tu memanjang. So, instead aku berdiri je kat meja kaunter aku, aku pergi la ke belakang sikit , kat bahagian display which is memang bersebelahan dengan kaunter kak tipah. Bagi mereka yang tak dapat bayangkan direction yang aku bagi ni, give up je la. Tak payah fahamkan. Just kena tahu, Aku masih boleh nampak kaunter aku walaupun aku dekat kaunter kak tipah. Aku tolong kak tipah cabut-cabutkan plastik belt. OK?. Bila malam, memang customer kurang. Haritu, Ana ada banyak stok kena buat, ada 2 kotak tak silap aku. Aku pun volunteer nak tolong buangkan kotak. So turun la ke bawah. Pukul 10 mcm tu, (aku pun tak ingt pukul berapa) aku turun bawah lagi sekali sebab masa tu customer memamg zero la aku kate kt kaunter aku tu. Aku turun dengan Ana & Kak Zura. Memang tade customer masa tu. So kitorang pergi market kejap. Beli barang. Masa tu, memang ada staff yang akan turun ke market and beli brg. Aku boleh kata, bukan aku sorang je buat benda ni. Aku jarang buat (tak tau la jarang ke tak. Tapi aku bukan hari-hari buat ni)
aku tak tau la aku salah ke tak buat ni. Aku tau salah. Tapi everyone did the thing I did. And it's common.

But ada lah manusia cantik ni yang tak puas hati dengan aku.
Dia kata aku selalu tade kat counter. Dia hanya nampak Kak Ju je kt kaunter. Aku tade. Pale dia.
Selalu?? Aku rasa aku ada je kat counter tu. Kalau aku tade kat counter, selalu merayau , tade maknanya aku nak rasa bosan bagai. Kalau aku merayap, sure la aku enjoy wahai manusia cantik.
Eh, memang manusia manusia cantik yang kat bahagian situ memang mulut macam popcorn eh?
Senior tak senior, Tapi POPCORN!
OK La. Aku je buat salah. Dorang tu perfect nak mampus . Nak report -report kat permanent aku. Bagitau aku terus tak boleh?
Masa Kak En bagitau aku pasal ni semalam, aku memang rasa macam,..Ya Allah. Nak nangis pun ada. Sebab asal aku buat je , dorang rasa aku salah gila buat mcm tu. Habis tu ada je ramai yang buat apa yang aku buat. Bukan aku sorg, tade problem pun dorang buat mcm tu?
Dah la masa tu aku terfikir nak berhenti. Memang makin kuat la reason aku nak berhenti.
Aku tunggu je permanent aku datang. Aku tanya dia betul ke manusia cantik tu report kt dia. Ya Allah weyh. Sebelum ni, aku dah mengaku kot dekat permanent aku yang aku akan turun kantin kalau aku lapar. Kira macam aku lari kaunter jugak kadang-kadang. Aku tau dia tak suka. Tapi dia tak pernah nak bagitau semua orang psl aku. Dia ckp baik-baik dengan aku. Tapi at least aku bagitau dia. Dia tahu aku memang kadang-kadang tade kat kaunter. Tapi apa-apa pun, dia cakap, hal dia dengan aku, itu hal kitorang la. Orang lain tak payah masuk campur. Dia paling tak suka orang masuk campur. Dia pernah cakap, “kalau orang cakap macam tu psl part time saya, nanti kena kat dia balik. Ye la meh, part time dorang memang bagus. Kita kerja kena betul-betul. Mana boleh marah-marah. Hal kita hal kita lah. Kita pun tak masuk campur hal mereka ma. Cincai la.”. Kira gitu la dia cakap.

Sebelum ni pun , ada manusia cantik yang report kt permanent aku , katanya aku lari kaunter. Dia nampak aku kat foodcourt dua kali. Dia ingt sekali tu aku memang rehat. ok. Cerita dia macam ni.
Aku rehat pukul 6 masa tu. Tapi, aku rehat mcm pukul 6.20 mcm tu. Buat stok tak salah aku. Sebab tu lambat turun. Aku pun pergi rehat dengan Ana. 15 minit macam tu, permanent aku call, dia cakap ada customer nak tukar seluar. Dia tanya aku seluar tu kat mana. Sebebarnya aku pun pelik asal dia tanya aku. Bukan ke dia yang lagi familiar dengan seluar kat kaunter. Aku pun dah “ha ? ha? Ha”. Aku pun cakap dekat permanent aku aku pergi balik kaunter. Aku berlari kot. Naik atas dah macam baru habis roadrun. Aku pun tanya permanent aku seluar mana. Permanent aku pelik . Dia pelik kenapa aku naik. Oh kay, rupanya dia tersalah call. Rupanya dia nak call Kak Endah. Dia tertekan salah nama kt phone dia. Nama aku dengan nama kak en nak dekat2 sama katanya. Kitorang dh gelak2 dah. Pastu permanent aku suruh turun balik sebab aku rehat 15 minit mcm tu je. Aku pun turun la. Pergi dekat foodcourt balik. Jumpa Ana. Lepas da cukup satu jam. Kira 7.30 mlm, aku balik kaunter. Cukup la dalam sejam masa rehat. Kan?
Aku sambung buat stok nak return kt office. Tgh2 tlg permanent aku, dia dengan cool nya cakap, “eh, ada orang bagitau you lari kaunter . Dia nampak you dekat foodcourt.' . Aku pun “hah??”. Aku pun recap balik harini aku pergi mana je. Setahu aku, aku melekat dekat counter je buat stok. Tade masa aku nak lari kaunter. Aku kan mmg jenis tak ley nk tipu depan2. Selalu bila aku lari kaunter. Aku mmg bgtau permanent aku. Aku pun ckp la dkt permanent aku , “bila eh? Saya ada je kt counter?”. Permanent aku ckp, “tadi lah.”. Aku pun , “ ha? Bila? Takkan masa saya rehat?”. Permanent aku un cakap lah. “ yalah. Kan tadi saya call. You naik. Lepas tu saya suruh you turun balik. Dia ingt you lari kaunter. Dia bagitau saya you lari kaunter”. Aku pun tanya la siapa yang ckp. Dia tak nak bagitau. Dia ckp, “kenapa mau sibuk ha? Hal kita hal kita la. Saya tau kamu . Kenapa dorang nak sibuk. Haih. Mulut mereka tu banyak kepoh. Mulut macam sampat”. (sampat ke? ) aku pun tak ingt. Tapi mcm tu la dia ckp. Aku nangis kot masa dapat tau ada org report. Tiga kali kot aku kena macam ni. Sabaar je la. Dah la , fine la. Lepas ni ye la. Aku melekat je kat kaunter tu. Puas hati manusia cantik yg menyebok tu kan?.
And permanent aku, aku mintak maaf sgt sbb kesian dia dpt part time yg teruk macam aku ni. Tape,
lepas ni carik org baru kay. Lagi bagus. Yang tak lari kaunter. Yang melekat kt kaunter . Yg pandai buat kerja. Yang lipat cantik. Yang semuanya tip top.
Sorry permanent. Sorry sgt2. But I love you permanent. Permanent plg awesome kot :)

No comments: