April 22, 2013

cerita dia sepatutnya seram. tp org yg comment psl post ni lagi "seram'.


Rumah Hantu Terbesar Dan Paling Seram Di Dunia

28 Comments 
 
Rumah hantu merupakan sebuah tempat yang dibina untuk memberi peluang kepada para pengunjung merasai pengalaman seram. Walaupun pada asalnya rumah hantu ini dibina untuk sekadar hiburan sahaja, namun ada juga yang menganggap ia tempat yang paling menyeramkan. Sebuah rumah hantu yang terletak di negara matahai terbit, iaitu Jepun ini telah diakui oleh Guiness Book of Record sebagai rumah hantu terbesar dan paling menakutkan di dunia.

Bangunan usang ini telah diubahsuai menjadi rumah hantu dalam tema hospital. Berbeza dengan rumah hantu biasa di Taman Tema (theme park) atau Fun Fair, rumah hantu ini tidak memiliki jalan atau laluan yang sudah ditetapkan.

Para pengunjung terpaksa berjalan sendirian atau dalam kumpulan 2 – 3 orang untuk menuju ke pintu keluar. Di dalam rumah hantu ini juga terdapat banyak pintu atau tingkap yang terpaksa dibuka secara manual oleh pengunjung. Selain hiasan dalaman yang mengerikan, rumah hantu ini juga dipenuhi oleh para pekerja yang berdandan ngeri seperti hantu sebenar. Bukan sekadar mengerikan pada pandangan mata, rumah hantu ini juga mempunyai bau menusuk hidung para pengunjung.

Bangunan rumah hantu ini mempunyai laluan sepanjang 700m yang penuh dengan lorong-lorong kecil yang boleh membuatkan pengunjung tersesat. Sekiranya pengunjung tidak sesat, masa lebih kurang 50 minit diperlukan untuk keluar dari bangunan tersebut.

Untuk menambahkan rasa takut pelawat, sistem audio yang terdiri daripada suara teriakan, suara langkahan kaki dan lain-lain dipasang dalam bangunan itu.

Kerana terlalu menakutkan, ramai pengunjung yang terluka kerana terjatuh dalam bangunan hantu itu. Berikut adalah di antara gambar-gambar yang menyeramkan di rumah hantu tersebut 
:





28 comments:
  1. Big Bang pernah pegi sini..lawak je tengok diorang...hilang cool..check it out --> http://www.youtube.com/watch?v=KJ1ps1u4sTQ
    Reply
    Replies
    1. Betul3...seungri la yg paling berani...siap ajak pekerja hantu tu pegi konsert diorang lagi...
    2. Daesung pulak penakut gila ahahaha. Top and Gd cool jeh xD
    3. k-poop go to hell
  2. a.aaa.aaaaaaaaa.........aaaaa waw....hntu mcm real. x nmpak mcm patong kcuali yg dln sngkar.
    Reply
  3. Gila ka mo pigi disini kalau sakit jantung haaa
    Reply
  4. kat gunung fijiQ kt jepun..haha..nk pegi!!!
    Reply
  5. Gambar yang ke 4 tu macam pernah tengok,kalau ora ng yang selalu tengok astro hitz (705),gambar tula yang selalu muncul masa iklan!Kelakar pula!!hahahaha
    Reply
  6. ohsemmmmmm



    #from death spirit///
    Reply
  7. Bersatu Kita Bersatu
    Dengan Setia Berganding Bahu
    Jiwa Teguh Berpadu
    Kita Rumpun Melayu

    Bersama Kita Bersama
    Mendukung Hasrat Semua
    Berjasa Pada Bangsa
    Agama Dan Negara

    Lambang Kita Yang Gagah
    Dipandang Mulia Dan Indah
    "Bersatu, Bersetia, Berkhidmat"
    Cogan Katanya
    UMNO Terus Mara
    Untuk Rakyat Malaysia

    Sokong Umno..
    Reply
    Replies
    1. Lagu ni sesuai untuk parti yg byk berperangai hantu
    2. Lagu ni sesuai untuk parti yg byk berperangai hantu
  8. bengong tol dak atas ni..
    Reply
  9. ape tibe2 org ats ni? xda kne mgena..
    Reply
  10. takut!!! kalau takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi laki? eh betul ke??

    BLOG YANG SIOT!!
    Reply
  11. Bersatu kita bersatu,
    di bawah pemimpin penipu,
    umno terus lara,
    rompak rakyat Malaysia.
    Reply
  12. ak rse mcm dlm resident evil je???
    Reply
  13. betul kah ni??....real punye hantu kah? kalau betul pun suruh tentera bomb rumah tu...XD
    Reply
  14. hahaha...bigbang ada dtng sini..lwak btol bila seungri ajak hntu tu pi konsert depa..yng daesung plak tarik tngn pekerja kat situ suroh tman dia..
    Reply
  15. seungri selambe je ajak hntu 2 p konsert mreke..........
    aq nk gi sni lh
    Reply
  16. muke daesung sumpah kelakar ... hahahahaha
    <3 big bang <3
    Reply
  17. cuba bawa ustaz ke situ
    Reply
  18. ni nk bawa ustaz awt plak..???aptb la
    Reply
  19. mcm dalam game Silent Hill jew...
    Reply
  20. wa..hebatnye rumah hantu tu..kalau ade peluang pergi japan nnti pegi sanalah..wah,main cakap jewr bukannye berani pown.
    Reply

No comments: