#ps : arwah bukanlah kenalan saya, tapi ada hubungan la jugak. tak pernah berkenalan tp adik arwah kenal la jugak. mohon, sedekahkan alfatihah buat arwah :)
*cetakan dr mymetro
Kuala Lumpur: Seorang penunggang motosikal maut selepas diseret
lebih 20 meter hingga menyebabkan sebahagian badannya hancur selepas
dilanggar sebuah kereta Proton Waja ketika memasuki simpang jalan
berdekatan Stesen LRT Wangsa Maju, di sini, semalam.*cetakan dr mymetro
Dalam kejadian jam 4.45 petang, mangsa Syawaluddin Amrizal, 24, berasal dari Simpang Tiga, Gombak itu menghala dari Wangsa Maju ke Setapak manakala pemandu Proton Waja wanita berusia 30-an itu turut menggunakan laluan sama dan dipercayai memandu di belakang mangsa.
Sumber berkata, ketika masing-masing hendak memasuki simpang jalan pemandu kereta berkenaan dipercayai hilang kawalan dan gagal mengelak daripada melanggar motosikal Honda EX5 ditunggang mangsa.
“Pemandu kereta itu pula dipercayai patah kaki sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) manakala mayat penunggang motosikal dihantar untuk dibedah siasat,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur Deputi Superintendan Abdullah Roning ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
KERETA yang mengheret motosikal mangsa sejauh 20 meter.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/06
No comments:
Post a Comment