Kasihan Anak Diikat Ketika Ibu Bapa Keluar Bekerja | Pelbagai perkara
pelik yang berlaku di sana. Antaranya soal penjagaan anak. Terdapat
beberapa tempat yang boleh dikira mungkin sebagai kawasan pendalaman
memperlihatkanbagaimana ibu bapa menjaga anak kecil mereka ketika
keluar bekerja. Gambar di bawah ini menceritakan segalanya apabila
ada anak yang diikat dan perbuatan itu dilihat sebagai satu yang kejam.
Boleh lihat gambar di bawah ini.
Kali
ni penulis nak tunjukkan bagaimana ibu bapa di China meninggalkan anak
mereka di mana saja yang mereka fikir sesuai demi untuk ke tempat kerja.
Penulis tahu mungkin ada di antara ibu bapa yang miskin sehingga tidak
mampu membayar dan membawa anak ke pusat penjagaan. Tapi fikirlah pakai
otak.
Ramai lagi orang yang tak mampu di dunia ini, tapi tidak
pula melakukan hal sedemikian kepada anak mereka. Mereka telah mengikat
anak-anak kecil itu di tingkap sebelum ke tempat kerja.
Kesian sungguh! Macam mana kalau mereka nak buang air atau berasa lapar. Kena tunggu sampai ibu bapa pulang ke?
Budak-budak
mana tahu apa pun. Yang mereka tahu menangis kalau rasa tak selesa. Tak
dapat penulis fikirkan apalah yang akan terjadi jika ada sesuatu
perkara berlaku seperti kecemasan, nak menyesal pun dah tak guna.
Jika ada pengawasan orang dewasa tak apa jugak. Tapi musykil, tak kan kot mereka nak ikat anak kalau ada orang tengokkan.
Harap-harap suatu hari nanti terbuka minda ibu bapa ini untuk tidak melakukan perkara sebegitu lagi.
Kesian dekat budak kecil.
No comments:
Post a Comment