Masyarakat di sekelilingnya, termasuk pihak sekolah berdekatan memulau dan tidak membenarkannya bersekolah di situ hanya kerana dia pembawa virus HIV dan ibu bapa pelajar lain mengugut untuk membunuhnya jika dia menghampiri anak-anak mereka. Doktor pula enggan untuk merawatnya.
Satu-satunya teman yang ada bersama menemaninya hanyalah anjing peliharaannya yang bernama Lao Hei.
Jabatan
kebajikan masyarakat juga menolak tanggungjawab untuk menjaga budak ini
dan wang saraan yang diberi iaitu sebanyak 70 yuan (kira-kira RM34)
sebulan tidak mencukupi untuk menampung hidupnya.Rasa sangat kasihan dan sedih bila dengar cerita tentang kanak-kanak ini padahal dia tidaklah diminta untuk dilahirkan mendapat penyakit sedemikian rupa.



Namun
masih ada harapan untuk kanak-kanak ini kerana cerita kanak-kanak
malang ini telah mendapat liputan yang agak meluas dan dikhabarkan ada
keluarga yang sanggup untuk mengambilnya menjadi anak angkat. Tapi
setakat ini tiada apa perkembangan terbaru.#Story ni ambil pada tahun 2010, sekarang tak tahu apa dah jadi dengan budak ni.

No comments:
Post a Comment