Assalamualaikum!
31/12/12
Itulah tarikh hari ni. kan? haha. rasanya, hari ni semua orang ingat tarikh. selalu terutamanya,budak tengah sekolah mesti lupa tarikh..sebab aku selalu kalau tak sekolah, aku tak ingat tarikh. sedangkan kadang-kadang, time sekolah pun aku tak ingat tarikh. bukan setakat tarikh, hari pun kadang-kadang lupa.
temporary lost memories. hhaha. (jgn gelak sbb tak kelakar)
Hari ni, aku pergi interview. Kali ni sebenarnya, aku tak rasa nervous se-nervous time aku pergi interview dekat Sushi King. Aku menunggu lebih kurang setengah jam untuk di-interview. Setiap minit untuk menjangkau setengah jam tu, mulalah aku rasa lain macam. makin lama menunggu ,perasaan takut tu nak buat comeback pulak dalam hati ni.
But, interview hari ni okay lah. Aku rasa, lagi senang dari dulu. takda apa pun sebenarnya. Serius. takde pe.
Alhamdulillah,harap kerja ni aku akan tahan lama. Dengan pengalaman dulu, aku harap aku dah boleh layan customer. especially customer byk ragam.
Tahun ni punya azam, aku simpan senyap-senyap. Ada yang mungkin mcm , "what???!!", mungkin ada yang mcm dah biasa dah org selalu letak dalam list "azam tahun ni, aku nak.....".
Pertama sekali ,
aku nak minta maaf pada semua orang yang terlibat dalam hidup aku.
Mungkin tahun ni tahun terakhir buat aku,
mungkin awal tahun depan,
mungkin tahun depan,
mungkin bila-bila masa jelah.
aku pun tak tahu bila,
cuma kalau tak sempat,
aku nak minta maaf pada individu yang byk merana sebab aku.
aku harap aku dimaafkan.
aku selalu buat silap dalam hidup aku.
tapi, kesilapan tu yang banyak ajar aku.
tapi, ada kesilapan yang aku rasa aku tak nak buat lagi , tapi aku ter-ulang lagi.
aku nak minta maaf.
minta maaf sangat-sangat pada yang aku dah secara tak sengaja atau sengaja guriskan hati.
terutama keluarga aku, ibu, angah,along.ayah.
apa-apa pun, manusia mesti meminta dan menghulurkan kemaafan.
kita tiada kuasa nak hadkan tentang soal maaf memaafkan.
jangan sebabkan perasaan nafsu, benci,dendam,marah,sedih buatkan kita cakap, "aku takkan maafkan kau sampai bila-bila, apa nak jadi, jadilah".
syaitan dekat sebelah bertepuk tangan melompat dengan riang dengar kita cakap macam tu.
banyakkan beristighfar.
ini, aku bukan nak membebel . tapi ini suatu nasihat .
bukan untuk orang lain.
tapi jugak untuk diri aku sendiri.
manusia ni lengkap dengan pakej nafsu.
nafsu yang buatkan kita melebih-lebih.
dan Allah tak suka orang yang melebih-lebih.
sebab tu, kita kena selalu rendahkan diri kita, bykkan istighfar.
koyak nafsu tu sedikit demi sedikit.
ok.
itu saja yang aku nak cakap sempena sambutan 2012.
dan selamat hari jadi kepada Nill Hakim :)
No comments:
Post a Comment