kadang-kadang kita ada banyak sangat perkara nak bagitau kt orang.
kadang-kadang sebab terlampau banyak sangat perkara, sampai kita tak terbagitahu kat dorang semua.
setiap manusia ada impian dan keinginan hidup masing-masing.
mungkin bila kita terlampau impikan sesuatu,
kita buat sesuatu keputusan dengan gelojoh,
kita buat sesuatu yang akhirnya buatkan kita rasa menyesal,
kita buat sesuatu yang boleh buat kita titiskan air mata kita.
dalam perjalanan menuju ke arah impian,
banyak dugaan yang datang,
bila kita dah hampir dekat dengan impian tu,
kita jadi terlampau gembira,
dan
kita tak kisahkan apa-apa lagi,
kita abaikan orang yang kita sayang,
kita pekakkan telinga bila ada orang yang cakap impian kita tu
tak munasabah, tak baik untuk kita, datangkan keburukan pada kita,
sebab pada kita,
impian kita itu matlamat hidup kita,
selagi kita tak tunaikan impian kita,
kita tetap akan rasa tak senang hati dan akan buat apa sahaja supaya kita dapat apa yang kita nakkan.
kadang-kadang kita sanggup rendahkan maruah kita untuk dapatkan apa yang kita nak,
kadang-kadang kita berserah pada Tuhan , berharap dia dah aturkan yang terbaik kat kita,
bila pada awal perjalanan semuanya berjalan lancar,
kita sentiasa bersyukur pada Tuhan.
kita anggap Tuhan dah bukakan jalan untuk kita,
tapi bila di akhir perjalanan,
muncul ujian yang kita rasa kita tak boleh tanggung,
mulut kita lafazkan kata-kata yang menyakitkan ,
walaupun kita tahu kita tak patut buat macam tu.
bila semuanya dah terlambat,
baru kita menyesal.
masa tu, kita sentiasa berharap masa boleh berputar balik.
tapi sayang, apa yang lepas tak mungkin dapat diulang lagi.
No comments:
Post a Comment