November 30, 2012

CERITA SERAM TERJADI PADA AKU.

Assalamualaikum. lama betul aku tak update blog kan.
ok. pagi tadi, aku berplanning nak hantar buku teks.
Tapi disebabkan ibu dan along aku keluar untuk ambil lesen P,
jadi, aku dekat rumah sangat freeeee sampai aku tak perasan yang aku dah lambat.
banyak sangat benda aku nak buat sampai aku tak terbuat.
 aku nak buat itu nak buat ini. .dalam kepala otak banyak masalah.
itu pun satu cerita juga.
tapi, malas pulak nak cerita
ok. get back to the story.

aku planning nak pergi hantar buku teks pukul 10.
pukul 8 aku nak pergi jogging.
tapi, pukul 8 aku leka masukkan lagu dalam tablet.
sampai dah pukul 9,
jadi, punah harapan aku nak kuruskan kaki aku ni.
hmmm.
aku terus mandi pastu siap-siap nak hantar buku.
aku sms dkt kawan-kawan aku nak pakai baju apa,
sorang pun tak balas,
kang aku pakai baju biasa kena halau.
tapi fiikir fikir balik, yang mak bapak hantarkan buku teks anak -anak dia, pakai baju biasa boleh je.
so, boleh la kot pakai baju bebas.
 jadi aku pun redha, pakai baju biasa je la.
aku kelam kabut sangat pagi tadi,
dengan buku teks yang berat. 18 buah buku tu. tebal 0.2 inci takpe lagi.
pastu ada pulak new sms mse aku nak keluar.
makin kelam kabut aku.
sibuk nak jalan , sibuk nak handle buku. sibuk nak reply text. tapi reply text tu tak kisah sangat.
yang buku tu .berat nya tak boleh nak berat lagi ke..hahaha
anyway.
dekat depan sekolah rendah, aku perasan ada seorang makcik dengan anak dia dan dua orang pakcik. dorang tengok je aku.
aku pun buat bodoh la.
biasalah . tetibe aku jadi malu nak pandang muka diorang.
bila aku jalan depan diorang,
 salah seorang pakcik tu kata kat aku, " adik, kat sini ada hantu. baik -baik. nanti dia ikut adik".
aku pun sengih je la kat dia.
aku pandang kat Park Avenue, pastu ada mcm kumpulan lelaki pakai baju warna hitam. macam uniform. dalam kepala aku, ok.. rasanya korang dah boleh agak apa aku pk. time tu aku jalan je la cepat-cepat.
memang berpeluh peluh aku sampai sekolah.
 balik sekolah, selesai daripada hantar buku teks tu, aku pandang Park Avenue, ada lagi kumpulan tu. takkan la betul apa yang pakcik tu cakap. amek kau, makin laju aku jalan.
lepas tu, pergi Uson kejap. nak beli barang, time dah keluar daripada Uson, baru aku perasan sesuatu yang menakjubkan.
yang amat mendebarkan hati aku..
iaitu........
KUNCI RUMAH AKU TAKDE DENGAN AKU.
aku patah balik masuk Uson.
takde. aku terpk. takkan la kunci tertinggal kat sekolah. aku dah la malas nak pergi lalu depan Park Avenue tu. lagi pun penat laaaaaa.. nak tak nak aku kena jugak patah balik pergi sekolah.
dalam otw nk pergi sekola (sekali lagi), aku terpk sendiri.. aku rasa aku keluar rumah tadi, aku memang tak pegang kunci. aku pk berkali kali . aku rse mcm aku tak pegang . tapi, kaki aku tetap berjalan menuju ke sekolah. aku tanya budak spbt tu, ada tak nampak kunci. dorang kata tade. aku dah risau. manalaaa kunci aku ni. .aku carik kat tepi jalan.
takde.
 aku dah pasrah. tiba-tiba hati aku terdetik.. "takkan laaa.."
pastu sampai depan pintu umah, "kan aku dah agakk"..
kunci rumah aku tersangkut dekat mangga lagi.
aku tak cabut. kira agak bahaya jugak la.
nasib baik tiada apa-apa.
takut tak takut aku.
aku dah jadi mcm along aku dah, selalu lupa nak cabut kunci dekat mangga.
lepas tu yang lagi seram.
masa aku tengah bersiap-siap nak pergi sekolah, aku terdengar gril rumah aku bebunyi. macam ada orang bukak.
aku tak pk sesiapa selain mak aku yang bukak . aku pun terus masuk toilet. sbb time tu aku memang nak mandi.
aku kunci pintu toilet tu.
lepas tu, aku tak dengar pulak bunyi apa-apa. selalu mak aku balik mesti ada mende yg dy ngomel (biaselah aku buat sepah). tp ni takde pulak.
kucing aku pun selalu bila mak aku ke angah aku ke, aku ke, balik, dia mesti mengiau dengan kuat. ni tak pulak. dia pandang je pintu.
aku pun perlahan lahan pergi kat pintu, aku intai dari bawah pintu, gril tertutup, pintu pun tade orang bukak. habis tu tadi siapa??.. aku dah takut.. aku terus cepat-cepat siap. terus pergi sekolah.
sampai sekolah,
aku nampak seorang auntie ni pakai baju warna hijau dekat pondok pak guard.
aku pk siapa la. aku kan rabun jauh. memang aku tak nampak siapa auntie tu.
bila dah dekat dengan pondok pak guard tu, "laaaaaaa.mak aku".
mak aku carik aku kat sekolah sebab nak mintak kunci rumah.
kiranya tadi, yang bukak gril pintu umah aku tu, mak aku. tapi sebab aku lock pintu, mak aku tak boleh nak masuk. mak aku ada kunci gril je.
mak aku pun tak loceng pintu. selalu dia loceng pintu.
kiranya, mak aku kena nasib yang sama macam aku, ulang alik dari rumah pergi sekolah semata-mata nak carik kunci. tapi padahal kunci memang ada kat rumah.
sengal tak sengal kitorang hari ni.
ni la akibatnya otak pk byk sgt mende.
seram tak cite aku. hahaahahaha

No comments: