May 01, 2012

TUTORIAL KOMSAS


PANTUN ENAM KERAT DIRGAHAYU BAHASAKU
MAKSUD RANGKAP 1

Rangkap 1
Kelukaan di hati disembunyikan daripada pengetahuan orang lain walaupun pedihnya amat mendalam.

Rangkap 2
Sesuatu yang berlaku kepada kita harus diterima dengan perasaan yang reda kerana itu semua sudah suratan takdir bukannya salah ibu yang melahirkan kita.

Rangkap 3
Sudah menjadi kelaziman manusia sering melebihkan orang yang baru sehingga orang lama terasa disisihkan dan tidak diperlukan lagi.
Kekecewaan dalam hidup.

TEMA
Kekecawaan yang dialami oleh seseorang kerana gagal dalam percintaan.

PERSOALAN
a)kekuatan dan ketahanan diri apabila berdepan dengan kekecawaan dalam bercinta.
b) Reda atas ketentuan yang telah ditetapkan oleh Tuhan.
c) kesetiaan seseorang terhadap pasangannya dalam bercinta.

BENTUK
a) ada 3 rangkap
b) ada 6 baris serangkap
c) dua baris adalah pembayang manakala dua baris berikutnya adalah maksudnya.
d) ada 4-5 patah kata sebaris
e) ada 9-11 suku kata sebaris
f) rima akhirnya ialah abcabc
g) bentuk puisi berikat.

GAYA BAHASA
1. Unsur bunyi

Asonansi – hati luka pura tiada ( rangkap 1 baris 4) – pengulangan vokal ‘a’

Aliterasi – kail tersangkut di tepi batang ( rangkap 3 baris 3) – pengulangan konsonan ‘t’

2. Peribahasa

Ibarat kaca jatuh ke lantai ( rangkap 1 baris 6)
Ibarat melukut di tepi gantang (rangkap 3 baris 6)

3. Sinkope

Rasa pedih buat tak tahu (rangkap 1 baris 5)

4. Repitisi

Sudah takdir sudah suratan (rangkap 2 baris 5)

5. Unsur alam

Haiwan – ikan cencaru, ikan gelama
Tumbuhan – kelapa, kedondong, buluh,

NILAI
a) ketahanan diri
“memiliki ketahanan diri yang kuat dalam menghadapi masalah percintaan”
b) percaya pada qadak dan qadar
“redha menerima ketentuan Tuhan”
c) Ketabahan
“Tetap tabah ketika menghadapi kekecewaan dalam percintaan”


PENGAJARAN
a) kita hendaklah mempunyai ketahanan diri yang kuat untuk melawan segala kekecewaan.
b) kita mestilah percaya bahawa setiap kejadian atau nasib yang menimpa kita ada hikmah yang telah ditentukan oleh Tuhan.
c) kita hendaklah tabah menghadapi dugaan yang berkaitan dengan permasalahan cinta beralih ke arah yang berlaku antara pasangan kekasih.
d) kita hendaklah setia kepada pasangan kita walau apa pun terjadi.
 

No comments: